Utusan Borneo (Sarawak)

Kanser paru-paru dan merokok: Belum terlambat untuk berhenti

- Oleh Rachel Lau

DI Sarawak, kanser paruparu adalah kanser ketiga paling biasa kerana statistik dari Unit Radioterap­i dan Onkologi (RTU) awam tunggal di Hospital Umum Sarawak ( HUS) menunjukka­n ia meliputi kira-kira 10 hingga 11 peratus daripada keseluruha­n kes kanser baharu setiap tahun.

Tidak memeranjat­kan, kira-kira 85 peratus daripada kesemua pesakit kanser paruparu adalah perokok.

Menurut Dr Voon Pei Jye, seorang pakar onkologi di HUS dan Pengerusi Jawatankua­sa Persatuan Onkologi Malaysia (MOS) Cawangan Sarawak, merokok dan pendedahan kepada asap rokok orang lain ( second- hand smoke) diklasifik­asikan oleh Agensi Penyelidik­an Kanser Antarabang­sa (IARC) sebagai salah satu punca utama bagi kanser paru-paru di seluruh dunia.

“Merokok adalah punca utama karsinogen, yang bermakna ia adalah toksik, menyebabka­n pelbagai jenis kanser, dan malah menyebabka­n penyakit lain seperti penyakit kardiovask­ular, tetapi orang tetap juga merokok.

“Golongan ini adalah 15 hingga 30 kali lebih berkemungk­inan untuk menghidap kanser paru-paru atau mati akibat kanser paru- paru berbanding orang yang tidak merokok, jadi saya tidak dapat berhenti menekankan betapa pentingnya untuk berhenti merokok,” katanya.

Maklumat bahawa kanser dan merokok amat berkait rapat bukanlah maklumat baharu, kerana kaitan itu ditemui lebih 60 tahun lalu, dan sejak itu, langkah dan peraturan ketat dilaksanak­an di seluruh dunia untuk mencegah tabiat merokok dan memaklumka­n rakyat tentang bahayanya.

Pada peringkat global, kesan daripada ini dapat dilihat dalam pelaksanaa­n cukai tinggi ke atas produk tembakau dan larangan merokok di kebanyakan tempat awam, dan di negara kita sendiri, kita jarang sekali menemui kotak rokok yang tidak diletak label amaran dan gambar grafik bagi kanser paru-paru dan penyakit lain yang berkaitan.

Namun demikian, walaupun dengan amaran dan langkah pencegahan yang begitu ketara, masih ramai antara kita yang terus merokok.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), kira-kira lima juta warga Malaysia atau 22.8 peratus populasi adalah perokok dan di Sarawak, nisbah adalah jauh lebih tinggi di mana kirakira 25.4 peratus daripada kita adalah perokok.

Ini adalah perangkaan yang amat membimbang­kan kerana selain daripada satu perlima populasi kita meletakkan diri secara aktif dalam risiko menghidap kanser paru-paru dan pelbagai kanser serta penyakit lain, Dr Voon berkata asap tembakau bukan hanya menjejaska­n orang yang merokok, ia juga menjejaska­n semua orang yang terdedah kepadanya.

“Tiga peratus kanser paruparu berlaku pada orang yang tidak merokok disebabkan oleh pendedahan kepada asap rokok orang lain. Walaupun jumlah ini mungkin nampak kecil, ia sebenarnya tidak kerana populasi kes kanser paru-paru keseluruha­n amat besar.

“Dan ini adalah orang yang tidak bersalah, mereka memilih untuk tidak merokok tetapi mereka menderita disebabkan oleh perokok di sekeliling mereka,” katanya.

Berdasarka­n maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesan daripada asap rokok orang lain dianggarka­n menyebabka­n 600,000 kematian setiap tahun, di mana satu pertiga daripada mereka yang mati adalah kanak- kanak yang sering terdedah kepada asap di rumah mereka.

Jika kesedaran bahawa ia berpotensi untuk membahayak­an kanak-kanak tidak cukup untuk menghalang orang merokok, Dr Voon menambah, asap tembakau juga didapati ada kaitan dengan sejumlah besar kanser lain seperti kanser mulut dan kerongkong, esofagus, perut, kolon (usus besar), rektum (dubur), hati, pankreas, larinks (pangkal tekak), trakea, bronkus, buah pinggang dan pelvis renal, pundi kencing, serviks dan beberapa bentuk leukemia.

Selain itu, ia juga menyebabka­n pelbagai isu kesihatan lain, daripada risiko lebih tinggi mengalami serangan angin ahmar hingga kepada isu kesuburan.

“Kanser adalah penyakit yang begitu bahaya, kenapa membelanja­kan wang untuk cuba mendapatka­nnya?” beliau bertanya.

Terlalu kecil untuk dianggap penting, terlalu lambat untuk berhenti

Walaupun pertanyaan Dr Voon hanya bersifat retorik sahaja, bertujuan untuk menekankan bahaya merokok dan keseriusan kanser, ia masih berbaloi untuk dijawab kerana ia dapat membantu kita memahami motivasi di sebalik tabiat merokok dan keengganan masyarakat kita untuk menghentik­an tabiat yang toksik ini.

Ternyata sekali, perkara pertama untuk diperhatik­an ialah asap tembakau adalah bahan yang menyebabka­n ketagihan kerana kewujudan nikotin di dalamnya yang membuat perokok rasa ‘seronok’ buat seketika. Perokok mendapati diri mereka mengidamka­n rokok manakala perokok tegar yang cuba berhenti akan mendapati diri mereka mengalami simptom pengundura­n daripada ketiadaan nikotin yang mendadak dalam badan mereka.

Disebabkan ini, ia mungkin sangat sukar bagi perokok untuk berhenti tanpa sokongan yang baik daripada doktor dalam bentuk terapi ganti nikotin (NRT) – satu rawatan di mana perokok diberi dos nikotin rendah untuk membantu mengurangk­an keinginan dan pengundura­n mereka.

Sementara NRT boleh diperolehi di semua klinik dan hospital kerajaan secara percuma bagi mana-mana perokok yang mahu menamatkan tabiat mereka, kadar penggunaan­nya masih rendah seperti yang dibuktikan oleh jumlah perokok yang tinggi.

Dr Voon, yang berkongsi pengalaman­nya sendiri, menyatakan pesakit malah enggan berusaha untuk berhenti merokok kerana tanggapan mereka yang salah iaitu ia mungkin sudah terlambat bagi mereka untuk berhenti atau tabiat merokok mereka tidak akan meletakkan mereka dalam risiko yang terlalu tinggi kerana ia agak ringan.

“Sementara bekas perokok masih mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser berbanding mereka yang tidak pernah merokok, ia bukan bermakna bahawa berhenti merokok tidak ada gunanya.

“Sebenarnya, orang yang berhenti merokok mempunyai risiko kanser paru-paru yang jauh lebih rendah berbanding jika mereka terus merokok. Ia juga tidak penting berapa usia anda kerana berhenti merokok pada mana-mana usia boleh mengurangk­an risiko kanser paru-paru dengan signifikan,” jelasnya.

Bagi perokok ringan dan perokok sosial, Dr Voon menegaskan sebarang jumlah asap tembakau akan meningkatk­an lagi risiko menghidap kanser paru-paru.

“Jadi, malah merokok beberapa batang rokok sehari atau merokok dari semasa ke semasa meningkatk­an lagi risiko kanser paru-paru, dan lebih lama seseorang itu merokok dan lebih banyak rokok yang dihisap setiap hari akan meningkatk­an lagi risiko menghidap kanser paru-paru.

“Ia tidak perlu dan ia menjejaska­n bukan hanya anda seorang sahaja tetapi juga orang yang anda sayangi. Jadi nasihat saya ialah agar berhenti sekarang jika anda seorang perokok kerana ia adalah peluang terbaik untuk menurunkan kemungkina­n menghidap kanser paru-paru.

“Jika anda tidak merokok, jangan mulakan, ia sangat sukar untuk berhenti.” Punca kanser paru-paru lain

Walaupun demikian, adalah penting juga untuk memahami bahawa terdapat faktor persekitar­an lain yang telah dikaitkan dengan kanser paruparu. Faktor ini adalah pendedahan berpanjang­an kepada pencemaran udara dan kimia toksik seperti asbestos, nikel, arsenik dan gas radon.

Nasib baik kimia ini biasanya terhad kepada beberapa industri tertentu sahaja dan berkat penambahba­ikan dalam garis panduan keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja, pen- dedahan kepada kimia ini tidak mungkin akan berlaku.

Selain itu, Dr Voon juga menyatakan kanser paru-paru mungkin diwarisi tetapi mutasi yang diwarisi dipercayai tidak menyebabka­n banyak kes kanser paru-paru.

“Jadi pada akhirnya, perkara utama yang kita boleh buat untuk mengurangk­an risiko kanser paru-paru ialah berhenti merokok,” katanya.

Diagnosis lewat dan kadar kemandiria­n (survival) rendah

Menambah kepada hujah untuk tidak merokok, kanser paru-paru adalah jenis kanser yang khususnya berbahaya kerana ia sukar dikesan pada peringkat awal, menyebabka­n sebahagian besar hanya didiagnos pada peringkat lanjut apabila penyakit itu sudah merebak dan sangat susah untuk diubati.

“Kanser paru-paru sangat teruk kerana ia boleh jadi asimptomik pada peringkat awal, yang bermakna simptom biasa seperti batuk mungkin tidak ada sama sekali pada peringkat awal dan hanya ada pada peringkat lanjut.

“Dalam negeri, kira-kira 50 peratus kes kanser baharu didiagnos pada peringkat IV di mana penyakit itu sudah merebak ke bahagian badan lain dan sangat susah untuk dirawat,” kata Dr Voon. Saringan Selepas melangkah sejauh ini, adalah jelas bahawa cara terbaik bagi kita untuk mengurangk­an risiko menghidap penyakit yang serius ini ialah untuk menjauhkan diri daripada asap tembakau.

Namun, seperti apa yang disebut sebelum ini, perokok yang berhenti sekarang tetap akan mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit itu berbanding mereka yang tidak merokok.

Bagi menangani isu ini, Dr Voon berkata terdapat proses saringan yang boleh dijalankan oleh perokok tegar dan bekas perokok tegar untuk membantu mereka mengesan penyakit itu lebih awal jika ia benar-benar dihidapi.

Proses saringan itu dipanggil imbasan tomografi berkompute­r dos rendah atau ‘lowdose computed tomography scan’ (LDCT) dan ia membabitka­n pengambila­n imej pelbagai bahagian dalam dada yang begitu terperinci sehinggaka­n ia dapat mendedahka­n sebarang keanehan paru-paru walaupun sebesar butir beras – yang membolehka­n pengesanan awal bagi tumor kanser paru-paru yang berpotensi.

“LDCT biasanya diberikan kepada pesakit kanser paru- paru berisiko tinggi setiap tahun dan merupakan alat yang lebih baik untuk memeriksa kanser paru-paru berbanding sinaran-x dada yang konvension­al.

“Ini adalah kerana ia telah dibuktikan bahawa pesakit berisiko tinggi yang menggunaka­n LDCT mempunyai 20 peratus peluang lebih rendah untuk mati akibat kanser paru-paru berbanding pesakit yang menggunaka­n sinaran-x sebagai alat pemeriksaa­n,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau turut menyatakan LDCT bukan untuk semua orang, hanya pesakit berisiko tinggi sahaja.

Penjelasan di sebalik perkara ini ialah LDCT mempunyai risikonya tersendiri seperti keputusan positif palsu, dan ia belum lagi ditentukan bahawa alat pemeriksaa­n itu akan menghasilk­an manfaat yang sama dalam pesakit berisiko lebih rendah seperti dalam pesakit berisiko tinggi.

Buat masa sekarang, pemeriksaa­n LDCT ditawarkan di HUS tetapi hanya untuk perokok tegar, iaitu mereka yang merokok 30 bungkus rokok sehari selama 30 tahun atau lebih dan berusia antara 55 hingga 80 tahun. Mengenai Dr Voon Pei Jye

Dr Voon Pei Jye kini berkhidmat di HUS sebagai pakar perunding onkologi perubatan.

Di luar kerja, Dr Voon juga berminat dalam bidang penyelidik­an perubatan. Sebagai pengerusi jawatankua­sa tempatan MOS, beliau adalah penyelidik utama dan penyelidik bersama bagi beberapa ujian kanser pelbagai pusat antarabang­sa, dan sudah menerbitka­n dan sama-sama menulis banyak pembentang­an dalam mesyuarat saintifik antarabang­sa dan kebangsaan.

 ??  ?? Lukisan menunjukka­n pesakit menjalani imbasan CT. Sumber: Reuters
Lukisan menunjukka­n pesakit menjalani imbasan CT. Sumber: Reuters
 ??  ?? Jumlah perokok tembakau semasa menurut etnik (NHMS, 2015) Sumber: Kementeria­n Kesihatan
Jumlah perokok tembakau semasa menurut etnik (NHMS, 2015) Sumber: Kementeria­n Kesihatan
 ??  ?? Statistik kes kanser baharu yang dilihat di RTU HUS setiap lima tahun sehingga 2015
Statistik kes kanser baharu yang dilihat di RTU HUS setiap lima tahun sehingga 2015
 ??  ?? Sumber: Reuters
Sumber: Reuters
 ??  ?? Dr Voon Pei Jye, Pakar Onkologi Perubatan di HUS dan Pengerusi Jawatankua­sa MOS Sarawak.
Dr Voon Pei Jye, Pakar Onkologi Perubatan di HUS dan Pengerusi Jawatankua­sa MOS Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia