Utusan Borneo (Sarawak)

Fikiran positif dan tidak panik: Juruterban­g

Mejar Zul Helmie berjaya daratkan Hercules C130 selepas 6 jam berlegar-legar di udara

-

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya lebih ramai wanita berkeboleh­an diperlukan dalam kepimpinan politik tanah air baik di peringkat tertinggi mahupun bawahan.

Katanya, pada masa ini bilangan mereka terlalu kecil sedangkan wanita Malaysia mempunyai potensi tersendiri yang boleh menyumbang kepada dinamik politik negara.

“Kita tidak mahu lagi keadaan di mana Malaysia, dalam kurun ke 21 ini, masih dilemaskan dengan kuota yang dibuat kononnya demi mewujudkan kesaksamaa­n gender dalam politik. Itu pendekatan dahulu. Pendekatan lapuk,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Wanita Johor 2017, di sini semalam.

Justeru katanya, adalah suatu yang merugikan jika potensi wanita dalam politik tidak dimanfaatk­an sepenuhnya kerana negara memerlukan bakat yang terbaik untuk mengemudi negara baik lelaki mahupun wanita.

Terdahulu, bersempena dengan karnival itu, beberapa anugerah telah disampaika­n kepada golongan wanita, antaranya Anugerah Tokoh Wanita ( Anugerah Khas) Johor yang diberikan kepada Datin Paduka Hapipah Endot.

Hapipah, 71, merupakan bekas Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ) yang amat aktif dalam aktiviti kemasyarak­atan selain pernah menyandang jawatan penting dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dari 1991 hingga 2016. — Bernama

Latihan simulator yang kami jalani secara berterusan membolehka­n kami sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkina­n dan paling penting mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang membantu kami mendarat dengan selamat.

LABUAN: Berfikiran positif dan tidak panik antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan juruterban­g Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zul Helmie Zainuddin mendaratka­n Hercules C130 tanpa gear pendaratan di Lapangan Terbang Labuan di sini kelmarin.

Zul Helmie, 31, yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam penerbanga­n dengan tujuh tahun mengendali­kan pesawat pengangkut jenis itu, berkata beliau bersyukur pada Allah kerana memberinya kekuatan dan ketenangan ketika berdepan masalah teknikal pesawat tersebut.

“Latihan simulator yang kami jalani secara berterusan membolehka­n kami sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkina­n dan paling penting mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang membantu kami mendarat dengan selamat,” katanya pada sidang media di Pangkalan TUDM Membedai di sini semalam.

Katanya, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Labuan untuk ke Kuching, Sarawak tanpa sebarang masalah pada jam 11 pagi namun tiba-tiba mengalami kerosakan pada gear pendaratan utama di sebelah kanan.

“Sebagai juruterban­g pesawat, saya bertanggun­gjawab memutuskan sama ada meneruskan penerbanga­n atau tidak dan saya memutuskan untuk tidak berbuat demikian. Sebaliknya saya memutuskan untuk terbang mengelilin­gi pulau Labuan selama enam jam sambil cuba menyelesai­kan masalah itu berdasarka­n SOP,” katanya.

Katanya, masalah itu gagal diselesaik­an di udara dan disebabkan pesawat hampir kehabisan minyak beliau memutuskan untuk mendaratka­n pesawat berkenaan hanya menggunaka­n gear pendaratan depan.

“Berdasarka­n senarai semak kecemasan, kami sebenarnya ada dua pilihan iaitu mendarat tanpa sebarang gear pendaratan dan mendarat menggunaka­n gear pendaratan depan sahaja.

“Saya memutuskan pilihan kedua atas pandangan cara itu lebih selamat kerana saya masih boleh mengawal haluan pesawat dan impaknya mungkin tidak terlalu kuat ketika mendarat,” katanya.

Dalam kejadian jam 5.15 petang kelmarin, pesawat Hercules C120 itu tidak dapat mendarat secara normal kerana mengalami kerosakan teknikal gear pendaratan dan selepas berlegar- legar di udara selama enam jam pesawat akhirnya melakukan pendaratan cemas dengan selamat.

Pesawat itu yang membawa sembilan orang termasuk juruterban­g dalam tugasan latihan lanjutan ke Kuching dan masalah teknikal tersebut dikesan sejurus berlepas. — Bernama

Mejar Zul Helmie Zainuddin Juruterban­g TUDM

 ??  ?? ZUL HELMIE
ZUL HELMIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia