Utusan Borneo (Sarawak)

Modal RM50 dapat pelbagai hasil laut di fiesta NBOS

-

BAGAN DATUK: Bermodalka­n wang kurang daripada RM50, orang ramai boleh mendapat pelbagai hasil laut pada acara lelong ikan segar anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) semalam.

Disebabkan itu, lebih 200 pembeli sanggup berpanas di bawah terik matahari untuk mendapatka­n harga runtuh tersebut yang diadakan bersempena Program Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang di sini.

Lebih menyeronok­kan lagi, harga lelongan ditawarkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas merasmikan fiesta sehari itu.

Bagi K. Murugan, 53, dari Simpang Empat, Hutan Melintang, beliau dapat membeli ikan bawal hitam, ketam dan udang yang dianggarka­n seberat empat kilogram (kg) dengan hanya RM39, panas sementara itu tidak mengapa.

“Bayangkan kalau bukan sebab jualan lelong ini, sekilogram udang sudah RM38, tapi hari ini (semalam) saya dapat beli macam-macam dengan harga murah.

Dalam pada itu, Fatimah Omar, 51, dari Changkat Lada, Pasir Salak gembira kerana dapat membeli pelbagai ikan dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

“Tadi ( semalam) masa tunggu, memang nak beli sotong, ketam, ikan atau apa sahaja yang harga mahal, tapi yang berjaya dapat cuma ikan nyok-nyok, siakap dan temenung.

“Biasalah bila harga dah murah macam ni memang orang berebut, jadi apa yang dapat ni pun dah cukup... semua ni harga dalam RM30,” katanya.

Sementara itu, Zamil Zukie, 43, dari Selangor menganggap dirinya bertuah kerana berjaya membeli seekor ikan senangin yang dianggarka­n seberat lebih empat kilogram dengan harga RM70 yang ditawarkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri.

“Masa timbalan perdana menteri umum harga lelong, saya berada di hadapan sekali, daripada harga RM203 ikan ni (senangin) dapat beli pada harga RM70, jadi saya anggap ia tuah berganda,” katanya.

Pada jualan ikan segar lelong itu, sebanyak tiga tan pelbagai hasil laut habis dijual dalam masa tidak sampai dua jam. — Bernama KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, Internet menjadi faktor penentu dalam pilihan raya memandangk­an politik dan kempen politik kini lebih banyak bergantung dengan media dalam talian dan elektronik.

Salleh berkata penggiat politik mula menggunaka­n Internet pada 1998 untuk mempengaru­hi pandangan umum, namun 10 tahun kemudian, rakyat Malaysia menyedari tentang impak Internet dalam mempengaru­hi undi.

Dalam catatan terbaru blognya, bendahari UMNO itu memetik kenyataan jutawan media Rupert Murdoch yang menyatakan bahawa menjelang 2050, media akan menjadi dalam talian atau elektronik sepenuhnya, dan media cetak akan menjadi satu perkara yang tidak wujud lagi.

“Sebenarnya apa yang akan berlaku, ia mungkin jauh lebih awal daripada 2050,” kata Salleh sambil menambah bahawa setiap orang, terutama industri media, perlu bergerak seiring dengan masa dan menjadi celik Internet.

Malah lebih penting lagi, kita tidak boleh merosakkan integriti media dalam talian dengan pertambaha­n berita palsu kerana ini akan mewujudkan masalah defisit amanah yang serius,” katanya

Salleh menegaskan setiap orang perlu memastikan integriti media dalam talian tidak terhakis disebabkan tindakan segolongan manusia.

“Jika tidak, apa yang boleh menjadi alat yang sangat berharga akan menjadi stigma kerana tiada siapa yang boleh dipercayai tentang apa yang diterbitka­n dalam talian,” katanya. — Bernama

 ?? —Gambar Bernama ?? BELI IKAN: Zahid melelong ikan segar di gerai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ketika beliau melawat tapak pameran selepas merasmikan Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Sayang Malaysia di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan...
—Gambar Bernama BELI IKAN: Zahid melelong ikan segar di gerai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ketika beliau melawat tapak pameran selepas merasmikan Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Sayang Malaysia di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia