Utusan Borneo (Sarawak)

Individu hina agama diambil tindakan sewajarnya

-

KUALA LUMPUR: Tindakan yang diambil terhadap individu yang mengeluark­an kenyataan atau melakukan perbuatan menghina serta mengeliruk­an mengenai Islam tidak terhad kepada perundanga­n sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebaliknya kata beliau ada tindakan lain yang diambil oleh institusi agama Islam seperti mengikuti kelas agama yang dikenakan ke atas ‘Raja Bomoh’ Ibrahim Mat Zin oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n.

“Dalam konteks Siti Kassim, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n telah pun ambil tindakan. — Bernama PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan UMNO kini semakin kukuh berbanding pakatan pembangkan­g yang berada dalam keadaan ‘kuchalana’ akibat dilanda pelbagai masalah.

Presiden UMNO itu berkata situasi itu membolehka­n UMNO menerusi jenteranya termasuk Biro Kebajikann­ya terus bergerak mendekati rakyat membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara terutama masyarakat di luar bandar.

“Kita lihat pembangkan­g sekarang dalam keadaan kuchalana biarlah dia terus kuchalana namun kita parti UMNO tetap terus kukuh dan komited membantu rakyat baik dalam keadaan susah mahupun senang,” katanya.

Kuchalana yang merupakan dialek Pantai Timur membawa maksud berserabut, kucar-kacir atau tidak tersusun.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran Program UMNO Bantu Rakyat Fasa 2 dan Jom Simpan Bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di pekarangan Masjid Kampung Tanjung Medang, di sini semalam.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar Mohamad Fakharuddi­n Mohd Arif.

Najib berkata, dalam setiap perkara yang dilakukan oleh parti itu mahupun kerajaan, keperluan dan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan dengan Biro Kebajikan UMNO menjadi medium perantara antara parti dan rakyat.

“Parti ini begitu banyak berjasa dalam lipatan sejarah negara dan telah berakar umbi sejak 70 tahun lalu. Demi kelangsung­an kekuatan UMNO serta memastikan parti terus relevan sepanjang zaman, dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan dan parti juga mengikut peredaran zaman dan ia berjaya membuahkan hasil yang memberangs­angkan,” katanya.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dalam masa yang sama berkata, apabila kerajaan melaksanak­an banyak program berimpak tinggi di kawasan bandar, ia tidak bermakna kerajaan melupakan pembanguna­n dan kebajikan masyarakat di luar bandar.

“Projek yang bersifat ikonik seperti Transit Aliran Massa (MRT) di Lembah Klang, kita laksanakan­nya supaya ekonomi lebih kukuh kerana apabila ekonomi tambah kukuh, negara akan menjadi lebih maju.

Maka bolehlah kita agihkan hasil itu kepada masyarakat di luar bandar dan golongan yang memerlukan. Kalau ekonomi negara tidak meningkat, maka kita akan kurang hasil dan kalau kurang hasil, kerajaan akan kurang kemampuan untuk bantu orang miskin dan sebab itu kita kena faham teori ekonomi ini,” kata Najib.

Pada majlis itu, lebih 3,000 murid Tahun Satu daripada keluarga berpendapa­tan rendah (B40) dari 55 buah sekolah di Parlimen Pekan menerima sumbangan deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPNi) berjumlah RM316,300.

Biro Kebajikan UMNO turut mengagihka­n 2,000 kit sumbangan kepada keluarga miskin dari Parlimen Pekan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENERIMA SUMBANGAN: Najib (tengah) bergambar bersama murid-murid sekolah yang menerima sumbangan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) ketika Program UMNO Bantu Rakyat di Kampung Tanjung Medang, Pekan, semalam.
— Gambar Bernama MENERIMA SUMBANGAN: Najib (tengah) bergambar bersama murid-murid sekolah yang menerima sumbangan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) ketika Program UMNO Bantu Rakyat di Kampung Tanjung Medang, Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia