Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola enggan salahkan Southgate

-

zaman tinggi,” kata pengurus Arsenal, A r s e n e W e n g e r ketika bercakap tentang pemainnya.

“Dalam perlawanan dua kelab berjiran, ia adalah sesuatu yang sangat penting. Kami tidak hilang fokus di bahagian pertahanan selama 90 minit.”

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino merasakan gol Mustafi seharusnya tidak dibenarkan kerana pemain itu berkeduduk­an ofsaid ketika menerima umpanan Mesut Ozil.

“Saya kecewa kerana perkara kecil tidak memihak kepada kami dan ia menyukarka­n lagi situasi,” kata Pochettino.

Liverpool kekal di tangga kelima, di hadapan Arsenal dengan perbezaan gol selepas menewaskan Southampto­n 3-0 di Anfield.

Mohamed Salah menjaringk­an dua gol dalam separuh masa pertama untuk menjadi penjaring terbanyak liga dengan sembilan gol sebelum Philippe Coutinho melengka

pkan jaringan. — AFP LEICESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, enggan menyalahka­n jurulatih kebangsaan England, Gareth Southgate di atas kecederaan pemain pertahanan­nya, John Stones, yang dijangka akan berehat sehingga Tahun Baharu 2018.

Stones dijangka tidak dapat beraksi sehingga enam minggu selepas mengalami kecederaan hamstring ketika City menewaskan Leicester City 2- 0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas, menyebabka­n Guardiola dengan masalah di benteng pertahanan­nya.

Tetapi beliau tidak menyalahka­n Southgate kerana menurunkan Stones sepanjang 90 minit pada perlawanan persahabat­an menentang Jerman dan Brazil sebelum ini.

“Saya faham Gareth Southgate. Beliau membuat persediaan untuk Piala Dunia di Rusia,” kata Guardiola.

“Kami menuntut banyak sumbangan dari pemain. Kerana itu kenapa kami mempunyai skuad yang besar. Sebagai jurulatih, kita harus membuat keputusan. Saya faham beliau (Southgate) membuat keputusan untuk England.”

Guardiola kini kekurangan pemain di bahagian pertahanan selepas terpaksa menurunkan kapten pasukan, Vincent Kompany lebih awal dari sepatutnya selepas baharu pulih dari kecederaan selama dua bulan.

Tetapi beliau berkata; “Nico (Otamendi) digantung, jadi kerana itu kerana kami tidak mempunyai banyak pilihan di bahagian pertahanan. Kami mempunyai masalah di bahagian ini kerana kami akan mengharung­i banyak perlawanan.

“John bermain dengan baik selama ini, jadi sudah tentu kami akan merasai kehilangan beliau, sama seperti ketiadaan Vincent.’ — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia