Utusan Borneo (Sarawak)

Jesus, De Bruyne bantu City mencipta kemenangan ke-16 berturut-turut dalam semua pertanding­an

-

LONDON, England: Paul Pogba meraikan kepulangan­nya dengan satu gol dan satu umpanan gol ketika Manchester United bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Newcastle United 4-1, sekali gus mengekalka­n saingan di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Tidak beraksi sejak pertengaha­n bulan September kerana kecederaan, Pogba kembali beraksi untuk membantu skuad kendalian Jose Mourinho mengembali­kan jurang ketinggala­n lapan mata di belakang City.

City sebelum itu menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan 11 mata pada perlawanan awal selepas menang 2-0 di Leicester City dan dengan Chelsea, Liverpool dan Arsenal juga mencipta kemenangan.

“Kami hanya dapat menentang Manchester City sebanyak dua kali dalam satu musim,” kata Mourinho kepada penyiaran BT Sport.

“Pada perlawanan itu, kami akan cuba mengutip mata. Di luar perlawanan itu (menentang City), kami tidak dapat mengawal takdir kami.”

United kekal di tangga kedua liga, satu mata di hadapan Chelsea, yang memintas Tottenham Hotspur ke tangga ketiga selepas menang selesa 40 di West Bromwich Albion.

Selain Pogba, Zlatan Ibrahimovi­c juga kembali beraksi apabila dimasukkan sebagai pemain gantian selepas pulih dari kecederaan lutut.

“Kepulangan beberapa pemain yang pulih dari kecederaan sememangny­a menarik, terutama sekali Zlatan selepas kecederaan serius,” kata Mourinho.

Kesilapan Victor Lindelof membolehka­n Dwight Gayle meletakkan Newcastle di hadapan pada minit ke-14 untuk gol liga pertama yang United bolos di Old Trafford sejak bulan April.

Tetapi umpanan cantik Pogba disempurna­kan Anthony Martial untuk mengikat kedudukan pada minit ke-37 sebelum Chris Smalling meletakkan United di hadapan buat kali pertama.

Pogba menjaringk­an gol ketiga dari umpanan Marcus Rashford pada awal separuh masa kedua dan Romelu Lukaku melengkapk­an jaringan dari satu umpanan Juan Mata untuk menamatkan kemarau tujuh perlawanan tanpa gol.

Di Leicester, Gabriel Jesus dan Kevin De Bruyne menjaringk­an gol cantik ketika City mencipta kemenangan ke-16 berturut-turut dalam semua pertanding­an.

Jesus membuka jaringan sebelum rehat dan De Bruyne menjadikan kedudukan 2-0 pada awal separuh masa kedua.

“Ia sukar untuk bertahan menentang Leicester tetapi kami melakukann­ya dengan baik. Kami tidak bolos satu peluang dalam 90 minit permainan,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

Kapten City, Vincent Kompany, membuat penampilan pertama dalam liga sejak Ogos selepas pulih dari kecederaan.

T e t a p i a p a y a n g mengecewak­an buat City ialah pemain pertahanan tengahnya, John Stones, berdepan rehat selama “empat hingga enam minggu” selepas terpaksa dikeluarka­n kerana kecederaan.

Chelsea menambah tekanan ke atas pengurus West Brom, Tony Pulis, dengan kemenangan 4-0 di The Hawthorns, lokasi di mana Chelsea mengesahka­n kejuaraan liga musim lepas.

Eden Hazard menjaringk­an dua gol dan turut mengumpan bola kepada Alvaro Morata untuk membuka jaringan pada minit k e - 1 7 dengan Marcos A l o n s o t u -

rut menjaringk­an gol.

Dua gol pantas Shkodran Mustafi dan Alexis Sanchez membolehka­n Arsenal menewaskan kelab jirannya, Tottenham di Stadium Emirates.

“Mereka mempunyai kea-

 ?? — Gambar Reuters ?? TERUSKAN RENTAK CEMERLANG: Para pemain City meraikan jaringan De Bruyne pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, Leicester pada Sabtu lepas.
— Gambar Reuters TERUSKAN RENTAK CEMERLANG: Para pemain City meraikan jaringan De Bruyne pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, Leicester pada Sabtu lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? KONGSI MATA: Ronaldo (kiri) ketika beraksi pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Atletico Madrid di Stadium Wanda Metropolit­ano, Madrid Sabtu lepas.
— Gambar Reuters KONGSI MATA: Ronaldo (kiri) ketika beraksi pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Atletico Madrid di Stadium Wanda Metropolit­ano, Madrid Sabtu lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? KEMBALI GEGAR JARING: Pogba meraikan jaringanny­a ketika membantu United menewa s k a n Newcastle pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Sabtu lepas.
— Gambar Reuters KEMBALI GEGAR JARING: Pogba meraikan jaringanny­a ketika membantu United menewa s k a n Newcastle pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia