Utusan Borneo (Sarawak)

Jelajah futsal NAFAS, AFA kembali buat kali ketiga

-

MUKAH: Siri jelajah futsal Nebulae Amature Futsal Academy Sarawak (NAFAS) bersama Persatuan Futsal Australia (AFA) kini kembali buat kali ketiganya.

Mukah menjadi hos tahun ini dan siri jelajah bakal diadakan pada 26 November ini di Dewan Kementeria­n Pembanguna­n Sukan (KPS) Mukah bermula jam 8 pagi hingga 1 petang.

Pengurus Pasukan NAFAS, Tanrapijan Sarakawi memberitah­u ia melibatkan muridmurid sekolah rendah sekitar Mukah bawah 12 tahun.

“Beberapa murid- murid sekitar Mukah mengambil ba- hagian pada perlawanan futsal anjuran bersama NAFAS dan AFA pada hari tersebut,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, antara terlibat adalah murid-murid Sekolah Kebangsaan ( SK) Datuk Awang Udin, SK Mukah dan SK Sungai Badengan.

Bukan sahaja itu, satu perlawanan persahabat­an antara AFA dan akademi Setiaraja Mukah turut diadakan jam 4.30 petang.

Perlawanan persahabat­an itu juga bakal melibatkan pemain-pemain bola sepak berumur 12 tahun ke bawah bagi kedua-dua pasukan.

Sehubungan itu, pegawai- pegawai dan ibu bapa dalam NAFAS turut mengadakan perlawanan persahabat­an.

“Kami turut membawa pegawai-pegawai serta ibu bapa mengenali budaya masyarakat Melanau serta tempat menarik di sekitar Mukah,” jelasnya.

Siri jelajah kali ini turut disokong Pertubuhga­n Belia Parlimen Mukah dan Akademi Setiaraja Mukah.

 ??  ?? KENANGAN: Tanrapijan (berdiri, baris belakang, empat kanan) ketika bersama AFA dalam siri jelajah lalu.
KENANGAN: Tanrapijan (berdiri, baris belakang, empat kanan) ketika bersama AFA dalam siri jelajah lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia