Utusan Borneo (Sarawak)

Goffin kejutkan Federer, berdepan Dimitrov pada final kejohanan akhir musim, Final ATP

-

LONDON, England: David Goffin mengejutka­n pemain pilihan utama, Roger Federer untuk melangkah ke final kejohanan akhir musim, Final ATP dan akan bertemu Grigor Dimitrov Sabtu lepas.

Goffin, pemain dari Belgium, tidak pernah menewaskan Federer dari enam perlawanan dan diambang kekalahan apabila tewas set pertama 2- 6 tetapi beliau bangkit berkata 6- 3 dan 6- 4 pada dua set seterusnya.

Pada perlawanan separuh akhir kedua, Dimitrov, pemain pilihan keenam dari Bulgaria, menamatkan kempen cemerlang Jack Sock 4- 6, 6- 0 dan 6- 3.

Goffin berharap untuk keputusan yang berbeza selepas tewas kepada Dimitrov 6- 0 dan 6- 2 pada perlawanan pusingan awal pada kejohanan ini.

Goffin juga terpaksa menangani sokongan padu penonton proFederer di O2 Arena di sini ketika jaguh dari Switzerlan­d itu mengawal permainan pada set pertama.

Federer, pemain ranking kedua dunia, hanya mengambil masa 33 minit untuk menang set pertama tetapi Goffin, pemain pilihan ketujuh kejohanan yang mengakui sehari sebelum perlawanan separuh akhir itu di mana beliau tidak tahu bagaimana untuk menewaskan Federer, mempamerka­n kebangkita­n luar biasa pada dua set berikutnya.

Federer juga tibatiba hilang rentak dan gagal mengawal permainan.

“Saya mula bermain dengan lebih baik pada akhir set pertama, jadi saya mahu bermain dengan lebih agresif,” kata Goffin.

“Sebaik sahaja saya mempunyai peluang, saya akan melakukann­ya dan dari pukulan servis, saya juga bertindak agresif.”

Goffin menjadi pemain keenam yang pernah menewaskan Rafael Nadal dan Federer pada kejohanan yang sama dan pemain pertama sejak Novak Djokovic pad 2015 di Final ATP.

Beliau menewaskan Nadal pada awal kejohanan dan menggambar­kan kemenangan ke atas Federer adalah yang terbaik dalam kerjayanya.

“Kedua- dua perlawanan ( kemenangan ke atas Nadal dan Federer) adalah istimewa,” kata beliau. “Ia kali pertama menewaskan Rafa dan kemudian perlawanan separuh akhir yang pertama saya di sini dan menewaskan Roger buat kali pertama pada kejohanan hebat ini, ia saat yang sempurna. Ya, ia adalah kemenangan terbesar dalam kerjaya saya.”

Federer terlepas peluang untuk me- namatkan musim dengan bergaya selepas memenangi Terbuka Australia dan Wimbledon tahun ini.

“I a a g a k mengecewak­an bagi saya kerana ia kejohanan dalam dewan, gelanggang yang saya gemari,” kata beliau. “Tetapi saya mempunyai peluang dan mensia- siakannya. Apabila beliau memiliki peluang, beliau bermain dengan baik dan saya fikir ia perbezaann­ya hari ini.”

Ia adalah kali pertama dalam sejarah kejohanan di mana tiga pemain yang membuat penampilan sulung pada kejohanan akhir musim ini melangkah ke separuh akhir.

Dengan Djokovic dan Andy Murray tidak beraksi dan Nadal terpaksa menarik diri kerana kecederaan, Federer menjadi pilihan utama untuk muncul juara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia