Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n bola sepak peringkat akar umbi fokus utama Fazzrudin

-

KUCHING: Pembanguna­n bola sepak di peringkat akar umbi menjadi fokus utama presiden baharu Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA), Fazzrudin Abdul Rahman.

Menurutnya, usaha itu penting untuk memastikan Bahagian Kuching mampu menghasilk­an ramai pemain berkualiti dapat menaikkan mutu liga di bahagian ini.

“Antara fokus utama KDFA selain meneruskan program tahunan seperti Liga Kuching dan Piala Datuk Patinggi Abang Johari selain merancakka­n program pembanguna­n memfokuska­n pemain-pemain berumur 8,10,12 dan 14 tahun.

“Memorandum Persefaham­an (MoU) yang kita tangani bersama Yayasan JS dan Suwon FC akan memperliha­t Kuching FA menghantar pemainpema­in bawah 14 menyertai Piala Ji Sung dan mengadakan sesi latihan bersama akademi Suwon FC tahun hadapan,” katanya dilantik sebagai presiden KDFA pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan itu bagi penggal 2017-2019 di sini kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Neg- eri (ADUN) Tupong itu juga meminta kerjasama semua exco dan badan gabungan termasuk semua pihak berkepenti­ngan dalam industri bola sepak mencakupi kelab-kelab, persatuan pengadil, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan kerajaan negeri memastikan objektif KDFA tercapai.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada bairsan exco KDFA atas kepercayaa­n diberikann­ya untuk menerajui persatuan itu.

“Terima kasih kepada mantan presiden menyediaka­n dan memperkuku­h KDFA. yang sememangny­a kita masih memerlukan khidmat nasihat beliau,” katanya.

Fazzrudin menggantik­an mantan presiden, Rakawi Ibrahim yang mengambil keputusan untuk tidak mempertaha­n jawatan itu.

Bagaimanap­un, Rakawi menyandang jawatan selaku penasihat KDFA.

Sementara itu, jawatan timbalan presiden disandang Salleh Arif Obeng manakala naib presiden dipegang Kamaludin Akil.

Jawatan setiausaha agung menyaksika­n muka baharu, Iswandi Ali Hassan dipilih secara lantikan manakala penolong setiausaha belum dilantik.

Turut dipilih secara lantikan jawatan bendahari kekal disandang Zainal Abidin Jali dan dua exco baharu, Hassim Awang dan Wan Mohd Mirzan Wan Hanapi.

Manakala exco lama dikekalkan ialah Abang Mohd Zaki Abdillah, Azman Mohamed Edi, Osman Imbun, Salbi Murad dan Ahmad Zaki Zaidi.

 ??  ?? EXCO BAHARU: Fazzrudin (tengah) bersama Rakawi (tiga kiri) dan exco baharu KDFA bagi penggal 2017-2019 di Kuching kelmarin.
EXCO BAHARU: Fazzrudin (tengah) bersama Rakawi (tiga kiri) dan exco baharu KDFA bagi penggal 2017-2019 di Kuching kelmarin.
 ??  ?? BAKAT BAHARU: Fredercik (berdiri tiga kiri) bersama pemain-pemain Liga Bola Sepak Bawah 12 Tahun di Padang SK Bandar Limbang kelmarin.
BAKAT BAHARU: Fredercik (berdiri tiga kiri) bersama pemain-pemain Liga Bola Sepak Bawah 12 Tahun di Padang SK Bandar Limbang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia