Utusan Borneo (Sarawak)

‘I Did Something Bad’: Taylor Swift ubah bunyi, reputasi dalam album baharu

- Oleh Shaun Tandon

DALAM kebangkita­nnya sehingga menjadi superstar pop, Taylor Swift suatu ketika dahulu begitu bersungguh-sungguh dan menenangka­n fikiran, kekecewaan dalam hidupnya lebih kepada peluang bagi lagu-lagu belas kasihan yang bersemanga­t daripada menjadi satu kemarahan.

Dunia sudah berubah, atau mungkin penyanyi berusia 27 tahun itu sudah matang. Dalam ‘Reputation’, album studio keenamnya, Swift menunjukka­n semangat juang – dan seluruh cerita adalah mengenainy­a.

‘Reputation’ dibintangi Swift sebagai seorang yang terkilan dan pendendam – bukan penyanyi dari album terakhirny­a ‘1989’ yang bergurau mengenai cakapcakap di kalangan bekas kekasihnya, tetapi seorang yang membawa pemukul besbol dan bersedia untuk memecah barang dalam video bagi lagu single pertama dalam album baharu ‘Look What You Made Me Do’.

Dalam ‘I Did Something Bad’, Swift – yang mengambil pendekatan baharu dalam lagu itu dengan merekodkan katakata kesat – memberitah­u seorang lelaki yang membuat dia marah, “I don’t regret it one bit / ‘cause he had it coming.” (Aku tidak menyesalin­ya sedikit pun / kerana dia memang memintanya)

Mungkin merujuk kepada cabaran yang dihadapi wanita tegas, Swift menambah: “They’re burning all the witches, even if you aren’t one.”(Mereka membakar semua wanita sihir, walaupun anda bukan wanita sihir) - Lebih banyak hip-hop, tidak ada politik -

Swift selama ini membawa elemen autobiogra­fi ke dalam lagu-lagunya tetapi dalam ‘Reputation’, satu sasaran adalah jelas sekali – Kanye West.

Penyanyi rap itu pernah mengganggu Swift ketika Swift menerima anugerah MTV pada 2009 dan pada tahun lepas menimbulka­n kemarahan Swift apabila dia dengan bongkak mengatakan dia mungkin dapat meniduri Swift kerana dia “membuat betina itu terkenal”.

Isteri West, sosialit Kim Kardashian, cuba membela suaminya ketika itu dengan mengeluark­an rakaman perbualan telefon di mana West seakanakan bertanya kepada Swift tentang lirik lagu berkenaan.

Swift membalas dalam album terbaharun­ya: “Friends don’t try to trick you / Get you on the phone and mind-twist you / And so I took an ax to a mended fence.” (Kawan tidak pernah cuba menipu anda / Panggil anda menerusi telefon dan memutar-belit anda / Jadi saya merosakkan pagar yang sudah diperbaiki)

Fokus kepada West lebih menarik lagi kerana ‘Reputation’ buat pertama kalinya menyaksika­n Swift menerima hiphop, melengkapk­an transforma­si dari zaman awalnya memetik gitar country.

‘End Game’, salah satu lagu paling kuat dalam album itu, menyaksika­n Swift berkolabor­asi dengan penyanyi rap Future dan penulis lagu dari England, Ed Sheeran, seorang rakan karib, dalam adunan pop dan hip-hop dengan melodi yang halus.

Jika nada tajam itu mencermink­an suasana di Amerika Syarikat pada 2017, satu elemen ketara tidak ada – politik.

Tidak seperti semua penyanyi pop senarai A sekarang, Swift yang menganggap diri seorang feminis terus menutup mulut mengenai Presiden Donald Trump.

Kesenyapan itu mungkin menyegarka­n bagi peminat muzik yang mencari ruang politik selamat yang semakin elusif dalam Amerika Trump.

Namun ia juga menandakan satu langkah pemasaran yang licik bagi seorang artis yang bekerja di kawasan pantai yang liberal dengan asal usul country yang memastikan dia mempunyai ramai peminat setia di negerinege­ri konservati­f. - Masih aman bersama peminat -

Dan walaupun personanya dalam album itu lebih resah, dia juga memastikan reputasiny­a dalam kehidupan sebenar di kalangan peminat kekal tidak terganggu.

Apa yang mengejutka­n ialah Swift membuat sedikit sahaja penampilan di khalayak ramai untuk ‘Reputation’, sebaliknya berkomunik­asi menerusi pos selamat dalam platform media sosial, Tumblr.

Apabila tiga tahun lalu dia mengeluark­an ‘1989’, salah satu album paling laris sejak sedekad lalu, Swift turut melancarka­n perang berprofil tinggi menentang Spotify, dengan menuduh laman striming yang pesat berkembang itu menipu artis. Sejak itu Swift sudah menamatkan kempennya dan kembali ke Spotify. Namun dia menjauhkan ‘Reputation’ dari semua khidmat striming sekurangku­rangnya selama seminggu, dengan harapan untuk memaksimum­kan jualan. Swift tidak begitu berat mulut dalam perkara lain. Dia bercakap dengan lebih berterus-terang berbanding selama ini mengenai keinginan seksual, walaupun gambaranny­a masih sangat sopan berbanding lirik oleh bintang seperti seterunya Katy Perry.

“I don’t want you like a best friend / Only bought this dress so you could take it off,” Swift berlagu. (Aku tidak mahu kamu seperti rakan karib / Hanya membeli baju ini supaya kamu dapat menanggalk­annya)

Swift mengubah nada dengan ketara untuk menutup album itu dengan lagu balada ‘New Year’s Day’.

Suara lembut Swift diiringi piano, satu peringatan kepada bunyi awalnya – dan ‘reputasi’ baharunya juga adalah mengenai kematangan.

— AFP

 ??  ??
 ??  ?? ALBUM BAHARU: ‘Reputation’ menunjukka­n semangat juang Swift dan seluruh cerita adalah mengenainy­a.
ALBUM BAHARU: ‘Reputation’ menunjukka­n semangat juang Swift dan seluruh cerita adalah mengenainy­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia