Utusan Borneo (Sarawak)

Bintang Black Eyed Peas Taboo kongsi perjuangan­nya menentang kanser

- Oleh Yussel Gonzalez

JIMMY Gomez, lebih dikenali sebagai penyanyi rap Taboo dari kumpulan The Black Eyed Peas, mempunyai wang, kemasyhura­n dan karier multi-platinum apabila sakit belakang yang pelik memusnahka­n dunianya.

Pemenang Grammy sebanyak enam kali itu berjumpa dengan doktor dan mendapat diagnosis yang mencengkam ulu hati: dia menghidap kanser testikel (buah zakar).

Dia mempunyai lebih 100 juta jualan rekod pada namanya dan beberapa lagu hit di seluruh dunia seperti ‘I Gotta Feeling’ dan ‘Where Is the Love?’, tetapi ia tidak bermakna di hadapan realiti kanser yang kejam, katanya kepada AFP dalam satu wawancara.

Pada mulanya, dia hanya dapat menyulam butiran dengan perlahanla­han.

“Mereka tidak memberitah­u saya jenis kanser yang saya hidapi. Mereka tidak memberitah­u peringkat kanser saya. Mereka hanya memberitah­u saya, Encik Gomez, anda ada kanser,” kata Taboo, 42.

“Hidup saya terpancar di hadapan mata saya. Saya memikirkan tentang anak-anak saya, saya memikirkan tentang isteri saya. Tidak ada apa yang menyediaka­n kita bagi kejutan yang berlaku apabila seseorang memberitah­u kita bahawa kita mempunyai penyakit yang dahsyat itu.”

Itu ialah pada 2014. Hanya pada tahun lepas baharulah Taboo mendedahka­n tentang perjuangan­nya menentang kanser – sekarang semakin surut selepas siri rawatan kemoterapi yang memenatkan.

Hari ini, anak jati Los Angeles itu adalah duta bagi Persatuan Kanser Amerika dan pengumpul dana dan sekutu yang lantang bagi mangsa yang pulih daripada kanser di merata tempat.

Dia bercakap kepada AFP menjelang Sidang Kemuncak Pemimpin Kanser Dunia di Kota Mexico, yang menghimpun­kan pembuat dasar peringkat tinggi Selasa lepas untuk perbincang­an tahunan mengenai usaha memerangi punca kematian kedua utama di dunia itu.

Ia bukan perjalanan yang mudah untuk sampai di sana.

Mula-mula Taboo menjalani siri rawatan kemoterapi yang menyakitka­n: sesi enam jam setiap hari selama 12 minggu yang dia gambarkan sebagai “peperangan, penyeksaan dan mimpi ngeri” yang dicampur menjadi satu.

“Itulah perasaan saya,” katanya.

“Saya tidak pernah menyertai peperangan, tetapi dari segi dalaman, apabila mereka memusnahka­n bahagian dalam kita untuk membunuh segalanya yang bagus untuk membunuh satu benda yang buruk, iaitu tumor, ia menakutkan saya dari segi psikologi, emosi, di dalam dan di luar.” - ‘Naluri seorang pahlawan’ - Idea bahawa berdepan dengan kanser adalah satu ‘pertarunga­n’ telah mengundang kritikan barubaru ini daripada segelintir pihak yang tidak menyukai keganasan dalam analogi itu dan implikasi bahawa mereka yang menderita disebabkan oleh penyakit itu hanya perlu “berjuang dengan lebih gigih”.

Namun Taboo adalah seorang pahlawan anti-kanser yang tidak menyesal.

Dia amat lantang apabila dia bercakap mengenai penyakit itu.

“Saya hiduplah. Saya hidup. Lihat wajah ini? Saya sebenarnya dapat senyum dan berkata, Lihat, saya telah membelasah kanser,” katanya (dengan menggunaka­n satu perkataan kesat dalam bahasa Inggeris).

Dia bercakap kepada AFP dengan berpakaian serba hitam, kepala botaknya dihiasi topi “zoot suit” dengan sisi luas yang membangkit­kan asal usulnya di Mexico, dan memaparkan barangan kemas berwarna hijau kebiru-biruan dan perak yang merujuk kepada warisan peribumi Amerika dari sebelah ibunya.

Dia menyebut nenek dari sebelum ibunya sebagai pengaruh terbesar.

“Dia seorang wanita peribumi Amerika dari suku kaum Shoshone yang mempunyai naluri pahlawan. Dan naluri pahlawan saya timbul” selepas dia didiagnos, katanya.

Namun kita memerlukan kasih sayang dan semangat juang untuk berdepan dengan kanser, ujarnya.

Di Persatuan Kanser Amerika, dia mahu menjadi “duta kasih”, katanya, dan menyanyika­n korus bagi salah satu lagi hit terbesarny­a: ‘Where Is the Love?’

Pada tahun lepas, sebagai pengumpul dana bagi Persatuan Kanser, dia merakamkan sebuah lagu dipanggil ‘The Fight’. Mesejnya hari ini kepada orang lain ialah mereka juga dapat menewaskan kanser. “Saya menundukka­nnya. Dan sekarang saya akan menggunaka­n pemberian nyawa ini untuk memberi harapan kepada orang dan menyatakan, Lihat, saya melalui jalan itu juga, saya pernah terlantar di atas katil, anda tidak keseoranga­n. Saya salah seorang daripada anda dan anda adalah salah seorang daripada saya. Marilah kita teruja dengan kehidupan.”

Mungkin tajuk bagi lagu hitnya seterusnya. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia