Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah dijangka rendah

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan rendah minggu ini dalam keadaan kebimbanga­n lebihan bekalan dan pertumbuha­n perlahan ekonomi China, kata seorang peniaga.

Niaga hadapan getah di penanda aras Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) mencecah paras terendahny­a dalam tempoh hampir lima bulan pada Khamis seiring dengan penurunan berterusan di niaga hadapan getah Shanghai.

“Sentimen lemah di niaga hadapan getah Shanghai dipengaruh­i oleh harga komoditi lemah terutamany­a tembaga dan logam perindustr­ian lain, apabila data pada awal minggu ini (minggu lepas) menunjukka­n pengeluara­n perindustr­ian dan pertumbuha­n pelaburan aset tetap China perlahan pada Oktober,” katanya.

Pasaran niaga hadapan serantau yang tidak menentu ditambah dengan kekukuhan ringgit berbanding dolar AS akan terus menetapkan hala tuju bagi pasaran niaga hadapan getah,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanap­un, cuaca basah sekarang, yang menjejaska­n pengeluara­n getah, ditambah dengan fenomena La Nina dari November 2017 hingga Januari 2018 akan mengehadka­n penurunan, katanya.

Jangkaan pengeluar minyak mentah utama akan meneruskan perjanjian penguranga­n bekalan, lewat bulan ini, akan juga menyokong harga getah.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 turun 17.5 sen kepada 565.0 sen sekilogram manakala lateks pukal susut 13.5 sen kepada 467 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam 5 petang bagi SMR 20 jatuh 19 sen kepada 569.0 sen sekilogram dan lateks pukal berkuranga­n 10.0 sen kepada 467.0 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia