Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n 6.2% KDNK paling kukuh sejak tiga tahun lepas

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan kukuh minggu ini susulan pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga yang memberangs­angkan pada Jumaat.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata pertumbuha­n 6.2 peratus KDNK itu, yang dianggap sebagai paling kukuh sejak tiga tahun lepas, akan merangsang minat pelabur terhadap bursa tempatan.

“Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mencecah paras 1,740 mata minggu depan (minggu ini),” katanya kepada Bernama.

Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan berka- ta, memandangk­an prestasi kukuh berterusan pada suku ketiga 2017, ekonomi Malaysia berada di landasan untuk mencatatka­n jajaran teratas dalam unjuran rasmi pertumbuha­n KDNK sebanyak 5.2 hingga 5.7 peratus bagi 2017, disokong oleh permintaan domestik.

Sementara itu, Nazri Khan berkata mengikut tradisinya, petunjuk pasaran tempatan itu akan diniagakan tinggi dari November hingga Februari berikutan aktiviti memperelok­kan akaun.

“Selain itu, projek Bandar Malaysia, yang kontraknya dijangka diberikan oleh kerajaan lewat tahun ini, akan menjadi pemangkin utama bagi pasaran tempatan,” katanya.

Dilaporkan bahawa semua perjanjian berkaitan dengan projek mega itu dijangka dimeterai sebelum pilihan raya umum, yang dijadualka­n pada 2018.

Bagaimanap­un, bagi asas mingguan, petunjuk pasaran FBM KLCI, turun 20.62 mata kepada 1,721.66 daripada 1,742.28 pada Jumaat minggu sebelumnya.

Indeks FBM Emas turun 164.57 mata kepada 12,416.92, Indeks FBMT 100 susut 155.41 mata kepada 12,063.28, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 351.86 mata kepada 12,857.86 dan FBM 70 berkuranga­n 237.72 mata kepada 15,311.15 manakala FBM Ace melonjak 762.86 mata kepada 6,591.58.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 178.35 mata kepada 16,051.37, Indeks Perladanga­n susut 107.48 mata kepada 7,908.53 dan Indeks Perusahaan jatuh 63.78 mata kepada 3,137.97.

J u m l a h d a g a n g a n berkuranga­n kepada 12.87 bilion unit bernilai RM11.83 bilion, daripada 14.82 bilion unit bernilai RM11.36 bilion, yang dicatatkan pada Jumaat minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 8.33 bilion saham bernilai RM10.98 bilion daripada 9.34 bilion saham bernilai RM10.50 bilion, sebelumnya.

Jumlah dagangan waran susut sedikit kepada 1.20 bilion saham bernilai RM144.62 juta, berbanding 1.21 bilion saham bernilai RM117.88 juta.

Pasaran ACE turun kepada 3.28 bilion unit bernilai RM686.84 juta berbanding 4.18 bilion unit bernilai RM698.21 juta sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia