Utusan Borneo (Sarawak)

India naikkan duti import ke atas MSM Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan India menaikkan duti import ke atas minyak sawit mentah (MSM) Malaysia kepada 30 peratus daripada 15 peratus sebelum ini, untuk mengawal penghantar­an yang lebih murah dan menyokong kilang penapisan tempatanny­a.

Cukai import ke atas minyak kacang soya dan minyak bunga matahari juga dinaikkan masing- masing kepada 30 peratus daripada 17.5 peratus, dan kepada 25 peratus daripada 12.5 peratus.

Pakar Produk Derivatif Kanan, Phillip Futures Sdn Bhd, David Ng berkata keputusan kerajaan India itu adalah disebabkan kejatuhan harga minyak bijian di bawah paras harga sokongan minimum.

“Bagaimanap­un langkah itu akan menjejaska­n eksport kita ke pasaran India yang ketika ini merekodkan 2.5 juta tan. Kita akan menyaksika­n eksport MSM ke India berkuranga­n disebabkan kenaikan cukai import oleh kerajaan India,” katanya kepada Bernama.

Dilaporkan sebelum ini, pada 27 Julai, 2017 panel antara kementeria­n yang diketuai Menteri Kewangan India, Arun Jaitley telah menyemak semula ketersedia­an minyak boleh makan dalam negara itu dan membincang­kan kaedah untuk menangani peningkata­n import.

Sebuah jawatankua­sa ditubuhkan oleh kerajaan India untuk meneliti struktur duti import bagi menyemak penghantar­an minyak masak yang murah.

India mengimport kirakira 14.5 juta tan minyak sayur-sayuran dari Malaysia dan Indonesia setiap tahun untuk memenuhi permintaan domestik.

Indonesia dan Malaysia menyumbang 85 peratus kepada pengeluara­n MSM keseluruha­n global dan s91 peratus kepada eksport keseluruha­n minyak sawit dunia. — Bernama KUALA LUMPUR: Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan antara RM2,500 dan RM2,600 satu tan minggu ini, dengan kecenderun­gan menurun, kata peniaga.

Peniaga Minyak Sawit Kanan, Interband Group of Companies, Jim Teh berkata harga MSM akan mengalami dagangan dalam jajaran kecil berikutan peningkata­n inventori.

“Bagaimanap­un, harga lebih rendah itu boleh menarik pembeli fizikal untuk mengurangk­an sedikit inventori mereka,” katanya kepada Bernama.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia melaporkan stok minyak sawit Malaysia pada Oktober meningkat 8.4 peratus kepada 2.19 juta tan daripada 2.02 juta tan pada September.

Sementara itu, peniaga derivatif Phillip Futures Sdn Bhd, David Ng berkata niaga hadapan MSM dijangka menyaksika­n dagangan kecil minggu ini berikutan kekurangan pemangkin positif.

“Ringgit yang lebih tinggi mungkin mengekang permintaan jangka pendek dan meningkatk­an inventori,” katanya.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, November 2017 susut RM60 kepada RM2,680 satu tan manakala Disember 2017, Januari 2018 dan Februari 2018 masing-masing merosot RM83 kepada RM2,696, RM2,714 dan RM2,728 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 215,054 lot daripada 213,990 lot pada Jumaat minggu sebelumnya, manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 289,139 kontrak daripada 298,895 kontrak.

Di pasaran fizikal, Selatan November susut RM90 kepada RM2,690 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia