Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n KDNK sokong dagangan ringgit minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meneruskan momentum menaik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini, disokong oleh pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar suku ketiga Malaysia serta kemungkina­n bank pusat menyemak semula Kadar Dasar Semalaman.

Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar pantas 6.2 peratus pada suku ketiga 2017, berbanding 4.3 peratus pada suku yang sama 2016.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata ringgit mungkin berada sekitar 4.10 berbanding dolar AS minggu ini didorong faktor domestik yang positif.

Kebanyakan penganalis­is dan pakar ekonomi mengunjurk­an bank pusat menyemak naik OPR pada suku pertama 2018.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, ringgit meningkat sebanyak 300 mata asas kepada 4.1600/ 1630 berbanding dolar AS daripada 4.1900/ 1930 pada Jumaat minggu sebelumnya.

Nota tempatan diniagakan kebanyakan­nya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0656/0685 daripada 3.0804/0835 namun rendah berbanding pound kepada 5.5120/ 5168 daripada 5.5099/5155 Jumaat minggu sebelumnya.

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.6961/ 6998 daripada 3.6952/ 6988 dan lemah berbanding euro kepada 4.9055/9103 daripada 4.8855/8899 Jumaat minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia