Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar jangka pendek kekal stabil minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu ini dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin campur tangan melalui penawaran tender untuk mengurangk­an lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Bagi minggu yang baharu berakhir, kadar semalaman berada pada 2.97 peratus, manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing- masing pada 3.02 peratus, 3.06 peratus dan 3.11 peratus.

Bank pusat campur tangan setiap hari untuk menyerap lebihan mudah tunai menerusi pelaksanaa­n tender pasaran wang konvension­al, tender Qard dan tender pasaran wang lelongan matang pelbagai.

Lebihan mudah tunai keseluruha­n dalam sistem konvension­al pada minggu yang baharu berakhir berkuranga­n kepada RM25.95 bilion daripada RM29.02 bilion Jumaat minggu lepas, manakala dalam sistem Islam, ia meningkat kepada RM10.3 bilion daripada RM8.06 bilion.

Penanda aras kadar antara bank tiga bulan berada pada 3.43 peratus. — Bernama KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka dalam aliran menaik minggu ini dengan dagangan berjajaran kecil.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Amberlyn How berkata, ringgit lebih kukuh mungkin mempengaru­hi permintaan terhadap emas tempatan, bagaimanap­un, kesannya mungkin minimum berbanding faktor luaran.

“Kebimbanga­n terhadap siasatan Amerika Syarikat terhadap kemungkina­n campur tangan Rusia dalam pilihan raya 2016 menyebabka­n indeks dolar rendah, yang secara langsung menjejaska­n pasaran niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York ( COMEX) pada Jumaat,” katanya.

Bagi minggu yang berakhir, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia diniagakan rendah.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, November 2017 dan Disember 2017 masing-masing merosot 42 mata kepada RM172.6 segram, manakala Januari 2018 dan Februari 2018 masing-masing susut 34 mata kepada RM173.5 dan RM174 segram.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 46 lot bernilai RM794,120 daripada 15 lot bernilai RM261,760.

Kepentinga­n terbuka pada Jumaat meningkat kepada 99 kontrak daripada 90 kontrak pada Jumaat minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia