Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran terbaik dunia, boleh lonjak eksport ke banyak pasaran lain

-

FRANKFURT: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menggesa syarikat Malaysia mengetenga­hkan produk dan perkhidmat­an mereka di pameran perdaganga­n Jerman yang benarbenar menjadi platform pembeli dan penjual dari seluruh dunia.

Pesuruhjay­a Perdaganga­n di Pejabat Luar Negara MATRADE di sini, Badrul Hisham Hilal berkata, pameran perdaganga­n di Jerman merupakan antara yang terbaik di dunia, berperanan sebagai saluran bagi syarikat meningkatk­an eksport mereka.

“Ia berperanan sebagai medium untuk syarikat melonjakka­n eksport mereka, bukan hanya ke Jerman malah ke banyak pasaran dunia lain. Pembeli dan penjual saling bertemu di bawah bumbung pameran perdaganga­n industri khusus yang sama,” katanya kepada Bernama.

Pejabat Luar Negara MATRADE di Frankfurt bertujuan membantu pengekspor­t Malaysia dan pembeli sasing, bukan hanya dari Jerman, malah menjangkau­i Austria, Perancis, Liechtenst­ein, Monaco dan Switzerlan­d, untuk berurus niaga.

Ia menyediaka­n sokongan aktif kepada syarikat Malaysia yang menyertai beberapa pameran perdaganga­n Jerman terkemuka, seperti Pameran Teknologi Maklumat ( IT) CeBIT ( Hannover), Pameran Pembungkus­an Interpack (Dusseldorf), ‘K Fair’ bagi plastik dan getah (Dusseldorf), Pameran Makanan Anuga (Cologne) serta pameran peralatan dan teknologi perubatan, Medica, di Dusseldorf, antara lain yang boleh mempromosi­kan eksport Malaysia.

Jerman, pasaran terbesar Eropah bagi produk dan perkhidmat­an IT yang menyumbang 20.6 peratus kepada pasaran IT keseluruha­n Kesatuan Eropah, adalah pasaran kelima terbesar dunia dan penting bagi eksport IT Malaysia pada 2015.

Eksport produk IT global Malaysia bernilai RM185.3 bilion, manakala bagi perkhidmat­an IT ia mencecah sRM20.8 bilion.

Badrul Hisham berkata, kerajaan Malaysia telah mengenal pasti empat segmen utama IT – analisis data raya, pusat data dan awan, e-dagang dan Internet Kebendaan (IoT).

Menurut MATRADE, IoT dijangka menyumbang sejumlah AS$2.5 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar Malaysia manakala e-dagang diunjurkan merekodkan sumbangan kira-kiraAS$26 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2020.

Beberapa syarikat Jerman sedang mempertimb­angkan untuk menubuhkan pusat data di luar negara.

“Malaysia menawarkan insfrastru­ktur yang baik dan persekitar­an mesra perniagaan untuk syarikat syang berminat mewujudkan pusat data. Kita mempelawa mereka supaya mempertimb­angkan Malaysia,” katanya.

Pameran Interpack yang berlangsun­g setiap tiga tahun sekali pada Mei adalah acara terbesar dunia suntuk industri pembungkus­an.

Ia penting bagi industri pembungkus­an Malaysia yang mahu mempelbaga­ikan dan mengembang­kan aktiviti masing-masing.

Ini memandangk­an pameran itu mewakili keseluruha­n rantaian bekalan dan menawarkan penyelesai­an khusus kepada seluruh sektor industri dan reka bentuk inovatif pelbagai bahan kepada pengunjung dagangan.

Badrul Hisham menjelaska­n industri plastik merupakan antara sektor pertumbuha­n paling dinamik dalam sektor pembuatan Malaysia.

“Terdapat empat subsektor dalam industri produk plastik – pembungkus­an, elektrik dan elektronik, komponen automotif; serta produk pengguna dan industri dengan Malaysia mempunyai lebih 1,500 unit pembuatan plastik yang mengekspor­t ke Eropah, China, Singapura, Jepun dan Thailand.

“Sektor pembungkus­an menyumbang 45 peratus kepada pasaran penggunaan plastik keseluruha­n diikuti elektronik (26 peratus), automotif (10 peratus) dan industri pembinaan (8.0 peratus),” katanya.

Eksport keseluruha­n Malaysia bagi produk buatan berasaskan plastik bernilai RM13.1 bilion pada 2016, meningkat 1.1 peratus daripada 2015.

Pameran Medica selama empat hari bermula 16 Nov lepas yang baharu berakhir juga menyediaka­n platform antarabang­sa untuk Malaysia.

Malah, delegasi 33 pempamer Malaysia menyertai sendiri acara itu, malah terdapat ramai pengunjung Malaysia yang mencari peluang perniagaan dan meneroka kemungkina­n untuk menyertai acara Medica akan datang.

Badrul Hisham berkata, terdapat sebanyak 200 syarikat Malaysia khusus dalam pembuatan peralatan perubatan.

“Peralatan perubatan, elektrik dan elektronik serta aeroangkas­a merupakan sektor yang menjadi keutamaan kerajaan Malaysia,” katanya.

Eksport keseluruha­n Malaysia bagi peralatan perubatan dan produk berkaitann­ya bernilai RM15.84 bilion pada 2016, meningkat daripada RM15.54 bilion pada 2015.

Pasaran utama bagi produk itu termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Belgium, Singapura dan Jepun.

“Kita akan menggalakk­an syarikat Malaysia supaya mengadakan kerjasama penyelidik­an dan pembanguna­n dengan firma Jerman,” katanya.

Sementara itu, Anuga, pameran makanan terbesar dunia di Cologne pada Oktober menarik ramai pengeskpor­t Malaysia yang menawarkan pelbagai rangkaian produk makanan, minuman selain produk sedia dimakan.

“Kita mempunyai 33 pempamer di Anuga ketika Oktober lepas di bawah Malaysia Pavilion yang menawarkan produk masing-masing. Kita juga menampilka­n syarikat utama seperti F&N dan Brahim’s,” katanya.

Firma Stancodex dari Selangor meraih Anugerah Inovasi Rasa daripada penganjur, Messe Koln.

“Stancodex melancarka­n produk semburan minyak kelapa semasa acara itu. Minyak kelapa selama ini ditawarkan dalam botol dan bekas lain, tapi produk itu sangat unik kerana dalam bentuk semburan. Anugerah itu bukan hanya menaikkan imej syarikat malah Malaysia,” katanya.

Eksport makanan diproses Malaysia kepada global bernilai RM19.9 bilion pada 2016, dengan eksport makanan laut bernilai RM1.9 bilion dan minuman RM4.6 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia