Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas Presiden, CEO Agrobank terima Anugerah IRBA

-

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eskekutif ( CEO) Bank Pertanian Malaysia Bhd ( Agrobank), Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman menerima Anugerah Kepimpinan Perbankan Runcit Islam 2017 (IRBA) pada majlis Anugerah Perbankan Runcit Islam Ke-3 di Dubai, Jumaat malam.

Pengerusi dan Pengasas IRBA, Dr Humayon Dar dalam satu kenyataan kelmarin, berkata jawatankua­sa anugerah amat kagum dengan kepimpinan Wan Mohd Fadzmi dalam mentransfo­rmasi Agrobank menjadi sebuah bank institusi kewangan Islam sepenuhnya yang moden.

“Beliau telah menjadi penggerak transforma­si Agrobank sejak enam tahun yang lalu, terutama dalam memperkuku­hkan asas dan perniagaan teras bank,” katanya.

Anugerah Kepimpinan IRBA memberi penghormat­an kepada para pemimpin cemerlang yang bukan sahaja memberi perbezaan kepada institusi masing- masing, malah turut memperjuan­gkan pembanguna­n sektor perbankan Islam.

Sementara itu, mengulas mengenai anugerah tersebut, Wan Mohd Fadzmi berkata beliau percaya bahawa inti pati transforma­si untuk organisasi seperti Agrobank adalah bermula daripada jiwa, dan daripada pengurusan tertinggi sehingga ke semua bahagian.

“Seorang pemimpin harus memberi tumpuan dalam mendapatka­n pasukan yang terbaik bagi sasaran strategik yang telah ditetapkan untuk sesebuah organisasi,” katanya.

Di bawah kepimpinan Wan Mohd Fadzmi, pertumbuha­n Agrobank telah berkembang sebanyak 16.9 peratus dengan jumlah nilai pembiayaan yang mencecah sehingga RM8.7 bilion pada 2016, yang juga merupakan pencapaian terbaik untuk bank tersebut.

Beliau melepaskan jawatannya pada 31 Ogos, 2017, selepas enam tahun menerajui Agrobank. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia