Utusan Borneo (Sarawak)

Mampukah bitcoin bertahan dengan pengawasan ketat bank pusat?

-

KUALA LUMPUR: Dengan ancaman jenayah kewangan serius yang timbul ekoran kemunculan teknologi baharu, termasuk mata wang kripto, mampukah bitcoin bertahan dengan pengawasan ketat daripada bank-bank pusat di seluruh dunia?

Di tengah- tengah amaran peningkata­n gelembung pasaran, bank- bank pusat seperti di China telah mengehadka­n dagangan mata wang kripto, yang menjadikan mata wang itu jatuh sehingga 40 peratus sejak mencecah paras tertinggi AS$ 4,921 pada 1 Sept, mengurangk­an kira-kira AS$20 bilion nilai pasaran.

Ini susulan tindakan keras yang diambil badan kawal selia China ke atas dagangan mata wang kripto, termasuk bitcoin, yang menurut pihak berkuasa telah menjadi alat bagi spekulasi dalam kalangan pelabur dan juga sebagai saluran pembayaran bagi pengumpula­n dana haram dan pengubahan wang haram.

Bank pusat Vietnam juga melarang penggunaan bitcoin dan mata wang kripto lain dalam urusan pembayaran.

Dagangan bitcoin yang semakin meningkat penggunaan­nya meskipun ada naik dan turunnya kini telah merosot apabila mata wang kripto, antara lainnya, dianggap sebagai penipuan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JPMorgan Chase & Co, Jamie Dimon.

“Saya bersetuju bitcoin memiliki semua kelemahan komoditi yang sangat spekulatif, yang tertakluk kepada gelembung. Namun, begitu juga dengan beberapa mata wang utama ASEAN dalam dekad-dekad awal (contoh yang baik, rupiah).

“Saya percaya penggunaan istilah ‘penipuan’ yang didakwa secara moral oleh Dimon perlu ditafsirka­n sebagai tidak sesuai atau belum bersedia memainkan peranan sebagai mata wang fiat utama, sekurang- kurangnya belum lagi,” kata Penganalis­is Kanan Pasaran IDC Financial Insights (IDC) Sui-Jon Ho kepada Bernama.

Wang fiat adalah mata wang yang kerajaan isytiharka­n sebagai sah tetapi tidak disokong oleh komoditi fizikal, sebaliknya nilainya dijana daripada hubungan antara penawaran dan permintaan.

Bitcoin diwujudkan oleh individu atau kumpulan yang tidak dikenali, hanya dikenali dengan nama samaran Satoshi Nakamoto, yang muncul selepas krisis kewangan 2008.

Ia merupakan mata wang digital yang membolehka­n individu memindahka­n nilai antara satu sama lain dan membayar bagi barangan dan perkhidmat­an tanpa melalui bank-bank dan sistem kewangan arus perdana.

Bitcoin merupakan yang pertama, serta mata wang kripto terbesar dan juga adalah aset digital boleh diniagakan yang berpusat.

Dengan kurangnya sebarang kuasa pusat menjadikan bitcoin kebal kepada penapisan atau peraturan.

Menurut laporan, gabungan nilai pasaran semua mata wang kripto dalam edaran mencecah AS$ 170 bilion pada akhir Ogos 2017, yang merupakan 850 peratus lebih tinggi daripada permulaan tahun dan juga berpotensi menjejaska­n pasaran konvension­al seperti perkhidmat­an pindah-wang antarabang­sa, yang dianggap sebagai perlahan dan mahal.

Pengarah Strategi Perisian IBM Venture Capital Group Deborah Magid berkata, bitcoin dibangunka­n secara khususnya untuk penggunaan global dan tanpa nama, dan untuk tanpa melalui semua kerajaan dan bank serta tanpa pengantara.

“Terdapat beratus- ratus mata wang kripto, dengan yang ini adalah yang asli dan paling meluas digunakan. Bitcoin Cash dibangunka­n baru-baru ini untuk menangani beberapa isu, termasuk keupayaan untuk skala, sebagai contoh.

“Bagaimanap­un, ketidakten­tuan bitcoin dan pertumbuha­n melampau nilai dalam tempoh jangka pendek, telah mewujudkan sedikit gembargemb­ur. Adalah selamat untuk mengatakan kita melihat gelembung,” katanya kepada Bernama dalam temu bual menerusi e-mel.

Magid menjelaska­n bahawa ia tidak akan membantu sekiranya kehilangan banyak perkara yang menjadikan apa itu bitcoin, seperti sifat sepenuhnya yang digital dan global, bagaimanap­un ia dijangka semakin stabil dari semasa ke semasa dan sedikit pengawalse­liaan tidak akan menjejaska­nnya.

“Pada pandangan saya, bitcoin dan beberapa yang lain, seperti Ethereum, akan stabil dari sesama ke semasa. Kita baharu mula menyaksika­n beberapa penggunaan dalam aliran perdana – ada peniaga menerima bitcoin dan beberapa mesin juruwang automatik turut menyediaka­n perkhidmat­an itu.

“Aliran ini berkemungk­inan menjadikan penggunaan (mata wang kripto) kurang menakutkan bagi khalayak memandangk­an kita melihat lebih banyak penggunaan­nya,” katanya.

Di peringkat tempatan, Bank Negara Malaysia merancang untuk mengeluark­an garis panduan mata wang kripto menjelang akhir tahun ini, khususnya berkaitan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di samping menimbang langkah untuk melarang kesemua mata wang kripto di Malaysia

Pendekatan itu adalah selepas Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia mengingatk­an orang ramai mengenai risiko berkaitan penggunaan pelaburan atau skim pendanaan masyarakat berasaskan mata wang kripto, seperti tawaran syiling permulaan atau ICO – terma yang hampir sama dengan tawaran awam awal.

Pakar Strategi Rangkaian dan Keselamata­n Fortinet, Gavin Chow berkata dagangan mata wang kripto di Malaysia masih di peringkat awal, dan kebanyakan pelabur mungkin tidak memahami sepenuhnya risiko besar berkaitan ketidakten­tuan mata wang itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia