Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal perang AS rosak dilanggar bot hanyut

-

TOKYO: Sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) rosak setelah sebuah bot tunda hanyut dan melanggar kapal pemusnah tersebut ketika menjalani latihan di perairan Jepun, menurut tentera laut AS, kejadian terbaharu dalam siri insiden di Asia.

Kapal pemusnah peluru berpandu USS Benfold mengambil bahagian dalam satu latihan menunda yang dijadualka­n di Teluk Sagami kelmarin apabila bot tunda Jepun tersebut hilang propulsi, menurut Armada Ketujuh AS.

Insiden itu berlaku ketika tentera Jepun dan AS menyertai latihan tentera laut bersama selama 10 hari sehingga 26 November untuk menunjukka­n kekuatan kepada Korea Utara, yang mendominas­i lawatan Presiden AS Donald Trump baru-baru ini ke Asia kerana program nuklearnya.

“Tiada yang cedera di atas kedua- dua kapal dan Benfold mengalami kerosakan minimum, termasuk geseran pada bahagian tepi, sementara menunggu penilaian kerosakan sepenuhnya,” satu kenyataan dari armada ketujuh menyebut lewat kelmarin, dan menambah kapal perang itu masih di laut dengan kuasa sendiri.

“Bot tunda komersial Jepun terbabit sedang dtunda oleh sebuah kapal lain ke sebuah pelabuhan di Yokosuka”, ke barat daya Tokyo, katanya.

P a s u k a n p e n g a w a l pantai Jepun berkata bot tunda itu hilang kawalan dan hanyut lalu melanggar kapal perang berkenaan apabila tali tersangkut pada baling- balingnya, tetapi mengesahka­n tiada kecederaan berlaku.

Armada Ketujuh terbabit dalam lebih daripada satu pelanggara­n yang menyebabka­n kematian di Asia setakat ini pada tahun ini.

Kapal USS John S. McCain berlanggar dengan sebuah kapal tangki di perairan Singapura pada Ogos lalu, membunuh 10 orang kelasi dan mencederak­an lima lagi.

Dua bulan sebelum itu pada Jun, kapal USS Fitzgerald dan sebuah kapal kargo berlanggar di perairan Jepun, menyebabka­n kematian tujuh orang kelasi.

Dua lagi insiden yang tidak diketahui ramai turut berlaku.

Pada Januari lalu, kapal USS Antietam terkandas dekat pangkalann­ya di Jepun, dan pada Mei, kapal USS Lake Champlain berlanggar dengan sebuah kapal nelayan dari Korea Selatan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DILANGGAR: Gambar rakaman 15 November lalu dan diserahkan kelmarin oleh Komander Hal Ehwal Awam Armada Ke-7 AS menunjukka­n kapal pemusnah berlabuh di pusat tentera laut White Beach pada permulaan Latihan Tahunan 2017 (ANNUALEX) di Okinawa.
— Gambar AFP DILANGGAR: Gambar rakaman 15 November lalu dan diserahkan kelmarin oleh Komander Hal Ehwal Awam Armada Ke-7 AS menunjukka­n kapal pemusnah berlabuh di pusat tentera laut White Beach pada permulaan Latihan Tahunan 2017 (ANNUALEX) di Okinawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia