Utusan Borneo (Sarawak)

Ratusan kecam rasuah dalam kerajaan di Haiti

-

PORT- AU- PRINCE: Ratusan aktivis pembangkan­g di Haiti menunjuk perasaan di jalan-jalan Port-au-Prince kelmarin untuk membantah gejala rasuah dalam kerajaan dan kerahan semula angkatan tentera.

Tiada laporan segera diterima mengenai kecederaan tatkala penunjuk perasaan membakar tayar, menyekat jalan dan membakar sebuah trak yang membawa peti sejuk, ada yang memukul alat genderang.

“Kami tidak mahukan tentera pencuri ini.

“Kami memerlukan tentera yang membawa keselamata­n kepada kami.

“Mereka mahu membunuh kami, semua orang miskin,” kata Robert Nossant, yang tinggal di salah sebuah kejiranan yang daif di ibu negara.

Seperti ramai penunjuk perasaan lain, Nossant berdemonst­rasi mengecam operasi polis Isnin lepas dalam kawasan kejiranan Grand Ravine.

Polis mengakui sekurangku­rangnya tujuh orang awam maut dalam operasi antisamsen­g itu manakala dua anggota polis juga mati ditembak.

Bertindak terhadap kemarahan memuncak penduduk susulan operasi itu, jaksa pendamai dihantar ke lokasi kejadian Khamis lepas dan melaporkan penemuan mayat sembilan orang awam.

“(Presiden) Jovenel Moise sedang menubuhkan tentera partisan, tentera penyeksa, namun menggerakk­an semula angkatan tentera harus menjadi sebahagian perbahasan kebangsaan,” kata Andre Michel, peguam yang mengetuai pergerakan pembangkan­g.

“Tentera tidak harus ditubuhkan dengan cara sehala seperti ini, itulah sebabnya kami menentangn­ya.”

Sementara itu, perarakan ketenteraa­n pertama dalam tempoh 25 tahun di negara itu berlangsun­g di bandar pantai utara Cap-Haitien.

Dibubarkan pada 1995 kerana pembabitan­nya dalam pelbagai tindakan balas dan kudeta, angkatan tentera Haiti ditubuhkan semula pada 2015 atas dorongan presiden ketika itu Michel Martelly, dan 150 askar dilatih di Ecuador.

Jumaat lepas, Moise secara rasmi menggerakk­an semula tentera dengan melantik ketua turus sementara angkatan yang ditugas membentuk barisan pemerintah tertinggi pasukan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia