Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Sri Lanka mulai berjaga-jaga

-

COLOMBO: Pasukan tentera Sri Lanka meronda di pekan pantai semalam di mana hampir 90 rumah musnah dan kereta dibakar dalam keganasan komuniti Sinhala Buddha dan Muslim di pulau tersebut.

Satu pergaduhan mengenai kemalangan jalan raya di Gintota, kira- kira 110 kilometer di selatan ibu negara Colombo, pada Khamis lepas bertukar menjadi pertempura­n di antara samseng Sinhala dan penduduk minoriti Islam.

Pasukan tentera dan tentera laut dikerah membantu polis tempatan ketika situasi berlaku sepanjang hujung minggu dengan sekurangku­rangnya lima orang dimasukkan ke hospital dan hampir 90 bangunan musnah dalam rusuhan.

Pekan tersebut masih dalam keadaan tegang dan di bawah pengepunga­n sehingga petang kelmarin, namun pada paginya satu perintah berkurung dilakukan pada hari sebelumnya telah ditarik balik.

“Kami telah memohon bagi satu laporan lengkap mengenai kerosakan dan semua mangsa akan diberikan pampasan oleh pihak negeri,” Menteri Dalam Negeri Vajira Abeywarden­a memberitah­u wartawan.

Pasukan keselamata­n dan polis akan kekal ditempatka­n sehingga undang-undang dan keadaan kembali terkawal, tambah beliau.

P e n d u d u k I s l a m merangkumi kira- kira 10 peratus daripada 21 juta penduduk Sri Lanka dan merupakan kumpulan minoriti kedua terbesar selepas penduduk Tamil.

Sinhala, kumpulan etnik majoriti Buddha, meliputi lebih 70 peratus populasi.

Pihak polis menyatakan 19 ditangkap berhubung rusuhan hujung minggu dan pihak berkuasa sedang memburu lebih ramai suspek.

Pada Jun 2014, rusuhan di antara penduduk majoriti Buddha dan minoriti Islam menyebabka­n empat maut dan ramai lagi tercedera.

Keganasan itu dihasut kumpulan ekstremis Buddha yang mana pemimpinny­a yang dituduh mencetuska­n konflik keagamaan kini dibicaraka­n di mahkamah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia