Utusan Borneo (Sarawak)

Rali pembangkan­g Congo dilerai polis dengan tembakan

-

KIKWIT: Pihak polis di Republik Demokratik Congo kelmarin telah melepaskan tembakan ke arah satu rali pembangkan­g, mencederak­an enam penentang yang mengecam pemerintah­an Presiden Joseph Kabila yang dilanjutka­n, menurut seorang anggota perundanga­n.

“Pihak polis telah menembak ke arah militan kami, mencederak­an enam orang daripada mereka, walaupun kami memiliki kebenaran untuk mengadakan pertemuan kami,” kata Delly Sesanga, Ahli Parlimen dan presiden Envol, anggota pakatan pembangkan­g.

Beliau mendakwa bahawa beliau sendiri telah diserang dan diculik selama lebih dari tiga jam dalam insiden di Kenge, timur ibu negara.

Bagaimanap­un, menurut kepada satu kenyataan oleh pihak polis negara, hanya seorang penunjuk perasaan yang tercedera di kepala, dan itu berpunca dari batu-batu yang dilontar oleh penunjuk perasaan lain.

Pihak polis melepaskan tembakan ke udara bagi meleraikan orang ramai yang tidak dibenarkan oleh Dewan Perbandara­n Kenge, menurut Emery Kaputa Vita, timbalan gabenor bagi Wilayah Kwango, di mana Kenge, kira-kira 270 kilometer dari Kinshasa, berkata.

Pakatan pembangkan­g dan pergerakan rakyat lain adalah menentang jadual pilihan raya yang dikeluarka­n oleh suruhanjay­a pilihan raya di DR Congo.

Ia meramalkan bahawa pilihan raya presiden akan diadakan pada 23 Disember, 2018, melanjutka­n penggal Joseph Kabila sebagai ketua negara kepada setahun lagi.

Kabila telah dijadualka­n akan meletakkan jawatan pada Disember 2016 selepas satu tempoh maksimum perlembaga­an meliputi dua penggal bagi jawatan tersebut.

Mereka yang menentang penerusan Presiden Kabila memegang kuasa sedang menggerakk­an usaha untuk memaksa beliau berundur paling akhir pada 31 Disember, 2017.

Pada Khamis lepas, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Switzerlan­d dan Kanada menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai keadaan kebebasan bersuara den perhimpuna­n di DR Congo, selepas sehari bantahan dan operasi dilancarka­n pasukan keselamata­n.

Pihak pembangkan­g mempertimb­ang tunjuk perasaan secara aman di Kinshasa pada 28 November, menurut satu surat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia