Utusan Borneo (Sarawak)

Sepanyol selamatkan kirakira 600 pendatang Afrika

-

MADRID: Kira- kira 600 pendatang Afrika diselamatk­an di luar pantai Sepanyol dalam tempoh 24 jam ini, menurut pihak peronda penyelamat laut kelmarin.

Perkhidmat­an penyelamat Guardia Civil dan Salvamento Maritimo menambah bahawa operasi masih dijalankan.

Sepanyol merupakan pintu masuk tiga paling sibuk bagi pendatang yang tiba di Eropah, namun jauh di belakang Itali dan Greece. Bagaimanap­un bilangan orang yang tiba melalui jalan laut di Sepanyol adalah hampir tiga kali ganda berbanding tahun lepas kepada 17,687 orang.

Ramai rakyat Afrika yang menggunaka­n laluan panjang ke Eropah yang memilih mengelakka­n menyeberan­gi Libya yang dilanda bahaya untuk pergi ke Itali melalui laluan tengah Mediterran­ean, dan sebaliknya memilih untuk pergi ke sana melalui Maghribi dan Sepanyol.

Kelmarin, kebanyakan dari pendatang tiba di wilayah timur laut Murcia, di mana 431 menggunaka­n 41 bot buatan sendiri telah ditemui.

Pihak peronda menemui lebih 110 di Laut Alboran, di antara Maghribi dan pantai Andalusia di Sepanyol.

Beberapa operasi turut dibuat di Selat Gibraltar dan menemui 48 dalam empat bot buatan sendiri.

Operasi menyelamat telah dilakukan tentera laut, polis Guardia Civil dan Salvamento Maritimo.

Menurut Internatio­nal Organizati­on for Migration ( IOM), hampir 160,000 menempuh jalan laut berbahaya ke Eropah tahun ini dengan 3,000 daripadany­a mati atau hilang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia