Utusan Borneo (Sarawak)

Muzium unik tentang tandas di New Delhi

-

NEW DELHI: Sebuah singgahsan­a dengan tandas binaan dalaman untuk seorang monarki Perancis tersergam megah di sebuah muzium di New Delhi cuba memecahkan pantang larang mengenai tandas di sebuah negara di mana kemudahan tersebut masih menjadi isu sensitif.

Replika singgahsan­a kayu yang digunakan Raja Louis XIV antara khazanah di Muzium Tandas Antarabang­sa Sulabh di pinggiran sibuk ibu negara India itu.

Raja Perancis terbabit dipercayai mengalami masalah sembelit dan menerima pengunjung ketika membuang air besar untuk menjimatka­n masa, menurut kurator muzium.

Puluhan pelawat singgah setiap hari untuk melihat pelbagai bentuk bekas membuang hajat selain mesin kurun ke-21 yang menukar sisa manusia menjadi abu dalam masa beberapa saat.

Lebih ramai lagi berkunjung semalam sempena Hari Tandas Sedunia PBB yang disambut dengan acara di seluruh dunia.

“Muzium ini agak luar biasa dan saya percaya ia unik di dunia,” kata Bindeshwar Pathak, pengasas muzium tersebut dan pertubuhan bukan mengaut keuntungan Sulabh Internatio­nal.

“Ideanya adalah untuk memulakan perbincang­an sihat mengenai sanitasi dan tandas.

“Kami mahu memberitah­u orang ramai bahawa tandas bukanlah satu perkataan yang kotor,” katanya sambil bermain dengan bola hitam kecil diperbuat daripada najis manusia kering yang dicampur dengan gam.

Pathak berkata, muzium itu mulai popular sejak dinamakan sebagai antara 10 muzium paling pelik di dunia oleh majalah Time pada 2014.

“Ratusan pelawat berkunjung setiap hujung minggu,” kata lelaki berusia 74 tahun itu yang dikenali di India sebagai ‘Guru Tandas’.

Dinding muzium ditampal dengan lawak jenaka mengenai tandas, selai gambar era Victoria ‘wanita bakul’ di Eropah membawa ‘ tanah malam’, baja yang diperbuat daripada najis manusia.

Tandas merupakan isu sensitif di India di mana kirakira 600 juta pendudukny­a, hampir separuh daripada populasi, melepaskan hajat di tempat terbuka, menurut UNICEF.

Kira- kira 70 peratus isi rumah India tidak mempunyai tandas, sedangkan 90 peratus mempunyai akses kepada telefon bimbit.

Lebih separuh daripada populasi dunia tidak mempunyai tandas di rumah.

Pakar berkata, pembuangan di tempat terbuka di India berpunca daripada kemiskinan dan kepercayaa­n bahawa memiliki tandas di dalam rumah adalah tidak bersih, justeru mereka lebih gemar bertinggun­g di tempat terbuka.

Tiga tahun lalu, Perdana Menteri Narendra Modi melancarka­n kempen kebersihan besar-besaran dengan ikrar tandas untuk semua menjelang 2019.

Setakat ini kerajaan telah membantu membina lebih 50 juta tandas di seluruh negara yang mempunyai populasi mencecah 1.3 bilion itu.

Koleksi muzium turut menarik kunjungan mereka yang ingin melihat mangkuk tandas berkusyen yang digunakan di kelab perjudian Eropah bagi membantu anggota terus berjudi tanpa perlu berehat sebentar untuk ke tandas.

Satu mangkuk tandas kurun ke-18 yang digunakan kerabat dirajaPera­ncismengej­ekorang Inggeris menerusi rekaannya dalam bentuk timbunan buku klasik Shakespear­e.

“Amat menarik untuk melihat dan membaca tentang rekaan pelik dan sejarah di sebaliknya, malah muzium ini juga bermakluma­t dan melucukan,” kata Vinita Lodwal, 25, pelajar kejururawa­tan yang kemudian berswafoto bersama rakannya di hadapan mangkuk tandas berukir indah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MENARIK: Pathak menunjukka­n replika tandas Raja Perancis Louis XIV ketika ditemu bual di muziumnya di New Delhi barubaru ini.
— Gambar AFP MENARIK: Pathak menunjukka­n replika tandas Raja Perancis Louis XIV ketika ditemu bual di muziumnya di New Delhi barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia