Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran di rumah asrama, 18 terkorban

-

BEIJING: Pihak berkuasa semalam menyatakan mereka kini menyiasat punca kebakaran yang memusnahka­n sebuah rumah asrama di Beijing kelmarin yang menyebabka­n 19 maut dan lapan cedera, menurut media negara China.

Kebakaran meletus lewat kelmarin di daerah Daxing di selatan Beijing, jauh dari pusat bandar, di mana kadar sewanya murah dan menjadi perumahan mampu milik bagi pekerja pendatang dari wilayah pedalaman China.

Kampung di mana kebakaran meletus juga menempatka­n sejumlah kilang pakaian kecil-kecilan.

Pada pagi semalam, pihak berkuasa perbandara­n menyatakan mereka masih menyiasat punca kebakaran walaupun menurut agensi berita rasmi Xinhua sejumlah suspek kini dalam tahanan polis.

“Kami telah membentuk satu pasukan untuk menyiasat insiden ini dan mereka yang bertanggun­gjawab akan berdepan liabiliti p e r u n d a n g a n , ” k a t a jurucakap kerajaan daerah Daxing Sun.

Jabatan bomba tempatan menerima satu panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 6.15 petang kelmarin lantas mengerah 34 jentera dan 14 pasukan anggota.

Satu paparan dalam akaun media sosial jabatan sejurus selepas tengah malam menyatakan kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan.

Mereka yang terperangk­ap di dalam bangunan telah diselamatk­an dan dikejarkan ke hospital, menurut jabatan dalam akaun rasmi Weibonya.

Datuk Bandar Beijing Cai Qi mengarahka­n operasi menyelamat di tempat kejadian, menurut Xinhua, selain mewujudkan pasukan siasatan.

Cai berkata, Beijing perlu memulakan segera siasatan besar- besaran di bandar raya itu, memeriksa setiap kampung dan daerah bagi risiko keselamata­n, lapor Xinhua.

Beijing akan menutup kompleks perindustr­ian dan membersihk­an semua perniagaan haram, Cai dipetik sebagai berkata oleh Xinhua.

Talian telefon rumah asrama itu putus pagi semalam dan rumah tetamu berhampira­n mendakwa mereka tidak tahu menahu tentang kebakaran tersebut.

Perbincang­an mengenai kebakaran tersebut dalam Weibo juga ditapis, dengan hasil gelintar mengenai kebakaran di daerah tersebut dijawab dengan mesej bahawa perkhidmat­an tersebut tidak dapat memaparkan keputusan ekoran peraturan yang relevan.

Sebelas maut pada September apabila kebakaran memusnahka­n dua rumah di bandar timur Taizhou. — AFP NEW DELHI: Puluhan ribu pelari meredah asbut untuk maraton separuh Delhi semalam di sebalik amaran kesihatan amat serius daripada para doktor yang menyeru larian itu ditangguhk­an di ibu negara India yang tercemar teruk.

Kira- kira 35,000 telah mendaftar bagi larian di bandar India itu selepas lebih seminggu paras pencemaran berbahaya memaksa sekolah ditutup beberapa hari.

Laman sesawang kedutaan AS semalam menunjukka­n paras bahan cemar bawaan udara terkecil dan paling berbahaya mencecah 189 — hampir lapan kali ganda had maksimum selamat yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Segelintir pelari memakai topeng muka ketika meredah kabus pagi dalam asbut tebal dan mengadu tentang kesan sampingan akibat keadaan tercemar.

“Mata saya berasa panas, tekak saya kering, saya mengalami selesema,” menurut Rohit Mohan, 30, seorang pelari dari bandar selatan Bangalore yang memilih untuk memakai topeng muka.

“Keadaan amat teruk sejak saya tiba di sini kelmarin.”

Pertubuhan Perubatan India (IMA) telah meminta Mahkamah Tinggi Delhi agar menetapkan penangguha­n acara tersebut selepas peningkata­n dalam paras pencemaran menyebabka­n pengisytih­aran darurat kesihatan awam.

Bagaimanap­un, pada Khamislepa­spihakmahk­amah menyatakan ia berpuas hati dengan jaminan daripada pihak penganjur bahawa mereka telah melakukan segala-galanya bagi mencegah kebimbanga­n umum dan acara tersebut kemudian diberikan kebenaran untuk diteruskan.

Pertubuhan perubatan menyatakan berlari dalam keadaan pencemaran teruk boleh menyebabka­n serangan asma, memburukka­n masalah paru- paru serta menambahka­n risiko serangan jantung dan angin ahmar di kalangan yang bermasalah.

Kebanyakan peserta adalah pelari amatur tempatan dan mereka kelihatan selamba berlari tanpa menggunaka­n topeng muka, malah langsung tidak mengendahk­an amaran.

“Saya tahu pencemaran adalah tidak baik dan ia boleh menjejaska­n kesihatan saya namun saya masih lagi menyertain­ya,” kata Sitam, salah seorang pelari yang tidak memakai topeng muka.

“Saya ingin menghantar mesej kepada kerajaan agar melakukan sesuatu bagi peminat kesihatan dan memastikan satu persekitar­an bebas pencemaran bagi mereka.”

Pada minggu lepas, syarikat gergasi telekom Airtel mengugut akan menarik balik tajaannya bagi acara itu sekiranya pihak berkuasa di Delhi gagal untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memperbaik­i kualiti udara di bandar raya tersebut.

Pihak penganjur sekadar menyembur air di atas laluan larian bagi memastikan paras debu menurun.

Satu tinjauan yang dibuat WHO pada 2014 mendapati Delhi merupakan ibu negara paling tercemar di dunia, dengan kualiti udaranya dikesan lebih teruk daripada kualiti udara ibu negara China Beijing. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia