Utusan Borneo (Sarawak)

Sebarang perbincang­an secara terbuka akan membawa kepada penahanan di bawah ISA: Pairin

-

PENAMPANG: Sabah tidak mempunyai peluang untuk membincang­kan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ketika zaman pemerintah­an Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, sebarang perbincang­an mengenai perkara itu secara terbuka akan ditahan dan diambil tindakan di bawah Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA).

“Dalam era Dr Mahathir, MA63 adalah sesuatu yang dianggap sensitif dan antipersek­utuan. Ramai rakyat Sabah berasa takut untuk membincang­kan isu itu secara terbuka kerana boleh diambil tindakan dalam Akta ISA.

“Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili antara yang turut menjadi mangsa ISA ketika zaman pemerintah­an beliau,” katanya ketika berucap pada Kongres PBS ke-32 di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, Tun Mahathir pada ketika itu tidak pernah mengambil sebarang tindakan positif mengenai MA63 sepanjang 22 tahun pemerintah­an sebagai Perdana Menteri.

Pairin mempersoal­kan kredibilit­i Tun Mahathir yang secara tiba-tiba berjanji akan mengkaji semula isu itu tetapi tidak melakukan perkara yang sewajarnya ketika beliau masih berkuasa.

“Sebaliknya­PerdanaMen­teri sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang yang lebih bersikap terbuka, saya percaya beliau tidak mempunyai niat untuk mengabaika­n atau tidak mengendahk­an hakhak Sabah dalam persekutua­n Malaysia.

“Malahan beliau mengumpama­kan Malaysia sebagai satu keluarga yang akan sentiasa ada perselisih­an dalam kalangan adik-beradik, termasuk suami dan isteri.

“Ini menunjukka­n kejujuran dan keprihatin­an Perdana Menteri kita untuk menangani isu ini secara aman melalui perundinga­n,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Najib, Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman serta para pemimpin Komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

 ??  ?? RUGI: Mahjur melihat pokok kelapa sawit miliknya yang dirosakkan oleh gajah liar.
RUGI: Mahjur melihat pokok kelapa sawit miliknya yang dirosakkan oleh gajah liar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia