Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan See Hua rangkul tiga hadiah utama, 18 merit sempena Kinabalu Shell Press Awards ke-25

-

KOTAKINABA­LU: Kumpulan See Hua memenangi tiga hadiah utama dan 18 merit sempena Kinabalu Shell Press Awards ke-25, di sini pada malam Sabtu.

Pemenang hadiah utama iaitu Anugerah Kewartawan­an (Bahasa Melayu) dimenangi oleh wartawan Utusan Borneo Yusop Teppo, wartawan See Hua Daily News Chung Yeh Nie memenangi Anugerah Berita Hiburan (Bahasa Cina) dan Jurugambar See Hua Daily News Tseu Kui Jin @ Tseu Kui Yin memenangi kategori Fotografi Alam Sekitar.

Yusop meraih anugerah itu menerusi rencana enam siri berkisar tentang sejarah hitam empat tahun penjajahan Jepun, Sandakan jadi kem tahanan perang.

Wartawan yang bertugas di Sandakan ini turut memenangi merit dalam Anugerah Fotografi Sukan.

Selain Yusop, Utusan Borneo turut memenangi lima lagi merit bagi penulisan berita bahasa Melayu termasukla­h kategori ‘stringer’.

Merit bagi kategori Berita Perniagaan & Ekonomi masing-masing dimenangi oleh Lichong Angkui dan Yap Siong.

Untuk Anugerah Berita Bahasa Melayu pula dimenangi oleh Salamat Tambanan, kategori Anugerah Kewartawan­an Sukan dimenangi Hassim Othman @ Osman. Manakala, stringer Utusan Borneo Salman Abadi turut tersenarai sebagai penerima merit bagi Anugerah Kewartawan­an Stringer.

Bagi akhbar The Borneo Post, empat merit bagi penulisan berita Bahasa Inggeris dimenangi oleh Mariah Doksil dan Chok Sim Yee bagi Anugerah Berita Perniagaan & Ekonomi. Lester J. Bingkasan memenangi merit dalam kategori Anugerah Kewartawan­an Sukan. Satu lagi merit adalah Anugerah Laporan Berita yang dimenangi oleh Mariah Doksil dan Elton Gomes.

Wartawan dan Jurugambar See Hua Daily News yang memenangi lapan merit bagi pelbagai kategori yang dipertandi­ngkan ialah Yong Ted Phen, Soo Wan Ming, Ng Sin Yee, Yvonne Ho Yin Yin, Tseu Kui Jin @ Tseu Kui Yin dan Chung Yeh Nie.

 ??  ?? TAHNIAH: Wartawan Utusan Borneo yang memenangi anugerah merakamkan gambar kenangan bersama Ketua Pengarang Utusan Borneo Lichong (empat kanan).
TAHNIAH: Wartawan Utusan Borneo yang memenangi anugerah merakamkan gambar kenangan bersama Ketua Pengarang Utusan Borneo Lichong (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia