Utusan Borneo (Sarawak)

Media punya peranan penting lapor berita berdasarka­n fakta sahih: KM

-

KOTA KINABALU: Pengamal media di negeri ini disaran untuk memastikan setiap laporan berita yang disiarkan adalah tepat dan berdasarka­n fakta.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata orang awam bergantung kepada laporan berita yang disampaika­n oleh media.

Atas sebab itu, laporan yang disiarkan perlulah berdasarka­n fakta dan bukan spekulasi. Ini bagi mengelakka­n berlakunya keadaan panik dan perkara tidak diingini.

Sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat, pengamal media memainkan peranan yang amat penting.

“Media boleh mengubah cara orang berfikir. Ia juga boleh mendorong orang untuk bertindak sehingga boleh membawa perubahan kepada landskap politik dan sosial negara,” katanya semasa berucap dalam Majlis Anugerah Kewartawan­an Kinabalu (KSPA) 2017, di sini pada malam Jumaat.

Menurutnya, berikutan kepantasan maklumat tersebar, pengamal media memainkan tanggungja­wab yang besar dalam mendapatka­n maklumat yang tepat dan sahih.

“Sebagai media, kamu tidak harus membuat laporan akhbar berdasarka­n dakwaan dan perkara yang tidak benar.

“Ingatlah pen yang berada di tangan kamu itu lebih tajam daripada mata pedang. Maka, gunakannya dengan penuh tanggungja­wab.

“Setakat ini saya amat berpuas hati dengan peranan media di Sabah. Pengamal media di sini amat bertanggun­gjawab dalam menyampaik­an laporan yang penting dan signifikan kepada pem- bangunan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Shell Malaysia bukan hanya berperanan sebagai penganjur bersama dalam menjayakan KSPA sebaliknya, mereka turut membantu dalam pembanguna­n ekonomi negara.

“Operasi dasar laut Gumusut-Kakap dan Malikai dilihat akan membawa kepada pertumbuha­n ekonomi di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Mugutan Vanar menyaranka­n wartawan di negeri ini supaya teruskan menulis berdasarka­n fakta.

Ia kerana pengguna di luar sana sering merujuk kepada media ‘mainstream’ bagi menyemak kebenaran sesuatu isu yang disebarkan melalui laman media sosial.

“Saya juga berharap kita akan menulis dengan adil dan saksama. Jangan menyiarkan berita online mahupun melakukan plagiat atas hasil kerja orang lain,” katanya.

Tentang anugerah itu, beliau berkata sebanyak 293 penyertaan dihantar untuk 11 kategori yang dipertandi­ngkan. Ia terbahagi kepada empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa cina dan bahasa Kadazandus­un.

Sejak menjadi penganjur bersama KSPA pada 1994, Shell menjadi rakan kerjasama rasmi Kerajaan Negeri dalam menganjurk­an majlis ini sehingga sekarang.

Ketua Menteri sentiasa memberi sokongan penuh kepada media sejak penganjura­n malam anugerah ini diadakan. Setiap tahun Kerajaan Negeri memperuntu­kkan RM60, 000 dan diharap jumlah itu akan meningkat pada tahun-tahun akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia