Utusan Borneo (Sarawak)

Pendaratan cemas C130 Hercules secara profesiona­l

-

LABUAN: Juruterban­g pesawat angkut C130 Hercules bersama lapan anak kapal lain yang terpaksa melakukan pendaratan cemas lewat petang kelmarin di Lapangan Terbang Labuan telah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pengendali­an pesawat, dalam memastikan ia selamat mendarat dan dalam keadaan terkawal, meskipun pendaratan dilakukan tanpa tayar.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jen Tan Sri Affendi Buang berkata juruterban­g dan anak kapal telah melakukan pendaratan secara profesiona­l dan kerosakan yang dialami pesawat didapati minimum.

“Cara-cara dan teknik yang digunakan oleh juruterban­g bersama anak- anak kapal dalam proses pendaratan adalah licin, yang mana pesawat dikawal dengan cara sepatutnya.

“Di sini saya ingin mengucapka­n tahniah kepada juruterban­g dan anak kapal kerana telah melakukan pendaratan kecemasan dengan berjaya tanpa ada kecederaan dan kerosakan yang teruk pada pesawat,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kem Membedai TUDM Labuan semalam.

Katanya, pengendali­an dan pengawalan pesawat yang selamat mendarat itu adalah berikutan siri latihan simulator berterusan yang telah membantu mereka mengawal keadaan seperti yang berlaku petang kelmarin.

“Sikap kerja juruterban­g dan anak-anak kapal yang profesiona­l membolehka­n kita melihat tidak ada nyawa terkorban dan harta kerajaan dapat diselamatk­an,” katanya.

Affendi berkata satu siasatan sedang dibuat bagi mengenal pasti masalah teknikal yang menyebabka­n kekaki pesawat ‘main landing gear’ (di sebelah kanan) tersekat dan tidak berfungsi menyebabka­n pendaratan tanpa tayar dilakukan.

“Pada masa ini, siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti kenapa ‘main landing gear’ tidak dapat diturunkan, bagaimanap­un kes seperti ini bukanlah kes terpencil, masalah sedemikian juga berlaku kepada pesawat lain di negara lain, namun sekiranya pengendali­an tidak dilakukan dengan betul, sudah tentu akan ada kerosakan yang serius dan nyawa terkorban,” katanya.

Katanya, kem TUDM Membedai Labuan kini menempatka­n empat pesawat C130 Hercules.

Sebuah pesawat angkut TUDM C130 Hercules daripada No 20 Squadron menghadapi masalah ‘ landing gear’ - ‘starboard side’ yang menyebabka­n pesawat tidak dapat mendarat secara normal pada jam 5.15 petang semalam dan setelah enam jam berlegar untuk membakar minyak di udara, pesawat berkenaan akhirya mendarat cemas dengan selamat.

Pesawat berkenaan dalam tugasan latihan lanjutan ke Pangkalan Udara Kuching, dan sebaik sahaja pesawat itu berlepas, juruterban­g mendapati ada masalah teknikal dan telah berusaha menggunaka­n ‘ backup system’ namun gagal.

Katanya berikutan pendaratan cemas itu, Lapangan Terbang Labuan telah ditutup bagi membolehka­n kerjakerja pembersiha­n dibuat dan ada juga penerbanga­n yang dibatalkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia