Utusan Borneo (Sarawak)

KERAJAAN TIDAK SEKAT MUGABE DATANG MALAYSIA

-

BAGAN DATUK: Kerajaan tidak akan menyekat atau membantah sekiranya Presiden Zimbabwe Robert Mugabe berhasrat datang ke Malaysia bagi mendapatka­n rawatan kesihatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pendirian itu selaras dengan hasrat kerajaan yang giat mempromosi­kan pelanconga­n kesihatan di negara ini kepada masyarakat antarabang­sa.

“Kita tiada bantahan. Kita (Malaysia) tidak sesekali mencampuri urusan dalam negara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang di sini, semalam.

Program fasa kedua itu dianjurkan oleh Unit Strategi Nasional, Kementeria­n Kewangan dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang menyatakan Mugabe, yang berdepan tekanan untuk meletak jawatan dan isterinya Grace mungkin mengunjung­i Singapura atau Malaysia.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata: “Itu hanya laporan, saya belum mendapat laporan yang beliau akan datang Malaysia atau negara jiran.”

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengesahka­n presiden Zimbabwe yang berumur 93 tahun itu sudah beberapa kali datang ke Malaysia untuk mendapatka­n rawatan perubatan di hospital swasta di ibu negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia