Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Kiput meraikan ulang tahun ke-100 Roman Katolik

-

MIRI: Masyarakat Kiput di Kampung Kuala Tutoh melakukan sambutan besarbesar­an meraikan ulang tahun ke-100 Roman Katolik (Katolik) di Kuala Tutoh.

Sambutan ulang tahun itu bermula 30 November hingga 3 Disember depan di Kampung Kuala Tutoh, bakal menyaksika­n hampir 1,000 penganut Katolik berhimpun menghadiri upacara terbesar di kampung tersebut.

Selain upacara keagamaan termasuk seminar kerohanian, sambutan selama empat hari itu turut diselitkan acara kebudayaan dan sukan tradisi masyarakat setempat.

Pengerusi penganjur, Michael Ding Tuah berkata majlis perasmian disempurna­kan RT Rev Bishop Richard Ng yang merupakan penasihat Gereja-Gereja Katolik Diocese Miri.

“Manakala majlis penutupan dirasmikan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkap ADUN Mulu Datuk Gera- wat Gala,” katanya di sini semalam.

Sehubungan itu, ahli jawatankua­sa penganjur mengalualu­kan penduduk Kampung Kuala Tutoh yang berada di bandar- bandar utama dan penganut katolik sekitar Miri mahupun negeri ini datang meraikan sambutan ulang tahun tersebut.

“Bagi memudahkan penduduk kampung dan umat katolik di sini ingin pulang meraikan sambutan itu penganjur menyediaka­n bot ekspres disewa khusus dan bot akan berlepas dari terminal bot ekspres Kuala Baram pada 29 November, jam 9.30 pagi.

“Bot berlepas dari Kuala Baram menuju ke Marudi melakukan persinggah­an sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Tutoh yang keseluruha­nnya mengambil masa empat hingga lima jam bergantung kepada arus sungai ketika itu,” ujar beliau.

Bot sewa sama kembali semula ke Marudi dan Kuala Baram pada 3 November, jam 1 petang dan 4 November, jam 10 pagi.

Bagi yang menggunaka­n jalan darat boleh menggunaka­n laluan dari Miri ke Long Lama dengan perjalanan mengambil masa sehingga dua jam dan dari Long Lama menaiki bot ekspres ke Kuala Tutoh.

“Alternatif jalan darat lain dari Miri ke Long Marok di pekan Beluru dan dari di situ boleh menaiki perahu panjang menuju ke Kampung Kuala Tutoh,” jelas beliau.

Michael memberitah­u, masyarakat Kiput di Kampung Kuala Tutoh mempunyai sejarah amat panjang mengenai kedatangan agama Katolik ke Baram dan bagaimana bertapak di situ sehingga hari ini.

“Walaupun masyarakat Kiput penduduk minoriti iaitu tidak sampai 1,000 sahaja masih ada, termasuk mereka sudah berkahwin campur dan melahirkan generasi baharu namun perpaduan dan kepercayaa­n kuat terhadap agama tidak pernah luntur,” katanya.

Justeru, sempena sambutan itu mereka mengambil kesempatan tersebut ‘memanggil’ Kiput lain berada di luar kawasan Kuala Tutoh kembali ke kampung halaman mengeratka­n semula persaudara­an selain perpaduan disemai.

“Saya ingin menyampaik­an terima kasih atas panduan dan nasihat serta bimbingan Bishop Richard, paderi menyelia misi kudus bagi sambutan ini, Fr Andy Lee dan ramai lagi kerana membantu melancarka­n sambutan ini,” katanya.

Beliau berkata, jawatankua­sa itu amat berterima kasih atas bantuan Gerawat serta Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, Residen Bahagian Miri Sherrina Hussaini dan agensi-agensi kerajaan membantu menjayakan sambutan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia