Utusan Borneo (Sarawak)

Fazzrudin kini menerajui PBB Cawangan Tupong, sesi 2017-2020

-

KUCHING: Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tupong kelmarin sebulat suara melantik Fazzrudin Abdul Rahman sebagai ketua parti cawangan berkenaan yang baharu untuk sesi 20172020.

Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong menggantik­an bekas ketua cawangan Allahyarha­m Datuk Daud Abdul Rahman selepas menang tanpa bertanding.

Turut menang tanpa bertanding jawatan timbalan ketua cawangan ialah Senator Dr Zaiedi Suhaili.

Manakala Mahdi Tomi dipilih sebagai naib ketua cawangan selepas menang dalam pertanding­an tiga penjuru. Dua jawatan secara lantikan, setiausaha dan bendahari masing-masing disandang Wan Hashim Wan Sulaiman dan Talha Affendi.

Pemilihan itu juga sebulat suara memilih Jamilah Rakim sebagai ketua wanita manakala Masnah Ramli sebagai timbalan ketua wanita.

Jawatan setiausaha disandang Dayang Maziatul Akmar Zainal, timbalan setiausaha (Nadiah Nen, bendahari (Zuriana Bolhassan) dan timbalan bendahari (Norlia Ahmad).

ManakalaKe­tuaPeneran­gan Hamisah dan Timbalan Ketua Penerangan Dayang Norjanah Abang Ahmad. Bagi Pemuda PBB pula, jawatan ketua pemuda disandang Azimi Peter dan Husien Yusup sebagai naib ketua pemuda.

Fazzruddin berkata semua ahli parti harus memastikan PBB sentiasa relevan dan menyumbang usaha serta menghargai pengorbana­n yang telah dibuat pemimpinpe­mimpin terdahulu di peringkat tertinggi hingga ranting.

“Kita juga haruslah menyahut seruan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg) untuk mengambil peluang terhadap ekonomi digital dan menjadi perantaraa­n kerajaan dan masyarakat untuk menjelaska­n inisiatif ini. “Untuk itu kita harus melengkapk­an diri dengan maklumat-maklumat yang tepat. Cabaran dunia masa kini adalah ‘fake news’.

“Kita perlu mempunyai ilmu mengurus, memeriksa dan menyampaik­an maklumat,” katanya.

Pada mesyuarat itu juga, PBB Tupong telah mengemukak­an usul menyokong penuh Abang Johari untuk kekal menyandang jawatan presiden PBB.

Mereka turut menyokong pencalonan Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sebagai timbalan-timbalan presiden. Selain itu, PBB Tupong menyokong sepenuhnya Datuk Seri Fadillah Yusof terus menjadi wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Petra Jaya dan memberi sokongan sepenuhnya kepada beliau sebagai calon untuk mempertaha­nkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

 ??  ?? AJK BAHARU: Fazzrudin bergambar bersama AJK PBB Cawangan Tupong yang baharu. Turut kelihatan ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi.
AJK BAHARU: Fazzrudin bergambar bersama AJK PBB Cawangan Tupong yang baharu. Turut kelihatan ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia