Utusan Borneo (Sarawak)

7% pelajar lepasan tingkatan tiga ikuti TVET

-

KUALA LUMPUR: Hanya tujuh peratus daripada pelajar lepasan tingkatan tiga sedang mengikuti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di seluruh negara, Persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanath­an berkata pelbagai langkah telah dilaksanak­an bagi meningkatk­an kemasukan pelajar ke bidang TVET dan Kolej Vokasional (KV), termasuk program khidmat bantuan di seluruh negara dan pendedahan mengenai prospek kerjaya yang boleh diceburi graduan KV.

“Kementeria­n Pendidikan telah melaksanak­an transforma­si TVET sejak 2012 untuk mengangkat martabat aliran itu sebagai aliran perdana untuk merealisas­ikan hasrat kerajaan dalam memenuhi keperluan tenaga mahir negara menjelang 2020,” katanya menjawab pertanyaan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) pada sesi soal jawab lisan.

Menjawab soalan tambahan Dr Mansor Abd Rahman (BN-Sik) strategi kementeria­n dalam meningkatk­an enrolmen pelajar luar bandar ke KV, Kamalanath­an berkata antara langkahnya ialah membuat hebahan melalui radio negeri, pengiklana­n di suratkhaba­r serta bekerjasam­a dengan badan bukan kerajaan.

Katanya, permohonan dalam talian bagi kemasukan ke institusi TVET sesi 2018 telah dibuka dan banyak permohonan diterima setakat ini.

Selain Kementeria­n Pendidikan, enam lagi kementeria­n yang turut terlibat dalam melakasana­kan TVET ialah Kementeria­n Sumber Manusia (KSM), Kementeria­n Pendidikan Tinggi, Kementeria­n Kerja Raya, Kementeria­n Belia dan Sukan, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia