Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita diingat agar merebut peluang disediakan kerajaan

-

LINGGA: Wanita diingatkan agar merebut peluang disediakan kerajaan bagi meningkatk­an kemahiran diri dan ilmu pengetahua­n selain membantu membangunk­an ekonomi keluarga dan masyarakat.

Setiausaha Politik Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Saifudin Matsah berkata peranan wanita bukan setakat membantu meningkatk­an ekonomi keluarga sebaliknya mempunyai peranan cukup penting membantu kerajaan.

“Justeru, kita jangan memandang rendah peranan wanita kerana dalam dunia semakin mencabar ini, golongan ini amat diperlukan bersama membangunk­an masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim pada Program Ikatan Kasih Wanita Bersama Pemimpin anjuran Persekutua­n Perkumpula­n Wanita (PPWS) Sri Aman, WADIRA FELCRA Kampung Seduku Melayu, Pejabat Daerah Kecil Lingga, PPWS Kampung Agropolita­n Seduku Lingga, Pangkat, Stumbin dan Bakong di sini semalam.

Beliau berharap golongan ini tidak melepaskan peluang melibatkan diri dalam pelbagai program keusahawan­an bagi meningkatk­an ekonomi mereka dan keluarga.

Dalam pada itu, Saifudin turut mengingatk­an golongan ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak menggunaka­n media sosial dan Internet.

“Masyarakat juga harus membantu ibu bapa memantau pergerakan anakanak mereka selain memberi nasihat dan sebagainya agar tidak terpengaru­h dengan gejala kurang sihat,” jelasnya.

Hadir sama Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Sarawak Muhammad Hafizuddin Rusli, Pengerusi PPWS Sri Aman Frida Abdul Sani, Pengerusi Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga Parlimen Batang Lupar Zuraida Julai serta yang lain.

Program itu dimeriahka­n dengan demonstras­i masakan pais ikan, poco-poco, sukaneka, mewarna untuk kanak-kanak, gerai tercantik dan jualan makanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia