Utusan Borneo (Sarawak)

Empat beranak ditemui mati dalam rumah

-

SUNGAI PETANI: Seorang bapa dan tiga anaknya ditemui mati di dalam bilik di sebuah rumah di Lot 88 Perdana Heights di sini, semalam.

Lelaki berumur 48 tahun dan dua anak lelakinya yang berusia lima dan enam tahun serta anak perempuann­ya yang berumur lapan tahun ditemui mati pada jam 2 petang semalam, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid AlAthrash Wahid.

Ketika dihubungi Bernama semalam, beliau berkata siasatan awal pihaknya mendapati lelaki itu dipercayai menggantun­gkan diri selepas membunuh tiga anaknya dengan kemungkina­n cara menekup muka mereka dengan bantal.

“Kami percaya sebelum lelaki ini gantung dirinya, dia bunuh tiga anaknya dahulu... kami percaya kemungkina­n dengan cara tekup muka anakanak dengan bantal,” katanya. Beliau berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah kewangan yang dialami keluarga terbabit.

Mior Farid berkata setakat ini, kes itu diklasifik­asikan sebagai mati mengejut. Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, anak sulung mangsa daripada perkahwina­n pertamanya berkata tiga hari lepas, dia dan adik perempuann­ya yang berumur 19 tahun berjumpa dengan bapanya.

Pemuda berumur 20 tahun itu berkata pada pertemuan itu, bapanya ada memberitah­u yang dia berasa sedih.

“Saya tidak tahu sebab ayah sedih. Saya difahamkan kesemua adik juga sudah seminggu tidak ke sekolah selepas ibu mereka meninggal dunia 20 hari lepas,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia