Utusan Borneo (Sarawak)

Valencia mengekalka­n rentak cemerlang, terus desak Barca

-

MADRID, Sepanyol: Valencia mengekalka­n saingan dengan pendahulu La Liga Sepanyol, Barcelona dengan kurang empat mata selepas menewaskan Espanyol 2-0 menerusi gol Geoffrey Kondogbia dan Santi Mina.

Kemenangan kelapan berturut-turut dalam liga buat Valencia, yang juga rekod kelab, membolehka­n skuad kendalian Marcelino Garcia Toral menjarakka­n kedudukan dengan enam mata di hadapan Real Madrid dan memastikan pertemuan menentang Barcelona hujung minggu ini semakin menarik perhatian.

“Kami mahu menewaskan Barcelona untuk berada di kedudukan teratas dalam liga tetapi kami masih tidak boleh berkata bahawa kami adalah calon juara,” tegas penolong jurulatih Valencia, Ruben Uria, yang bertemu dengan media selepas Marcelino dibuang padang dalam separuh masa kedua.

Bagaimanap­un, tuah memihak kepada Valencia selepas Espanyol menguasai hampir sepanjang perlawanan dan dua cubaan terkena palang.

“Dalam separuh masa pertama, mereka bermain lebih baik tetapi pasukan ini tahu bagaimana untuk menangani asakan dan bermain dengan tenang,” kata Mina.

“Pasukan besar juga menang seperti ini. Apa yang paling penting ialah kemenangan.”

Marcelino mencipta kejutan apabila meletakkan penjaring terbanyak, Simone Zaza dan juga penyerang pinjaman dari Paris Saint Germain (PSG), Goncalo Guedes di bangku simpanan dan keputusan itu hampir membawa padah ketika Valencia bergelut mencari rentak permainan.

Gerard Moreno dan Sergi Dardar melihat cubaan mereka terkena palang buat Espanyol dalam tempoh enam minit sebelum rehat.

Penjaga gol Valencia, Neto, juga beraksi tangkas menepis cubaan Sergio Garcia dan kemudian Moreno ketika Espanyol kelihatan seperti lebih berpeluang menjaring- kan gol.

Valencia semakin tertekan apabila Marcelino diarah meninggalk­an padang kerana bantahan keterlalua­n ke arah pengadil dan beliau dijangka akan digantung pada perlawanan menentang Barcelona.

Bagaimanap­un, gol Kondogbia ketika berbaki 23 minit permainan menyentak keyakinan Espanyol sebelum Mina melengkapk­an jaringan.

Pada perlawanan lain, Malaga bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Deportivo La Coruna 3-2, sekali gus melangkah keluar dari tangga terbawah liga.

Gol pertama Borjan Baston untuk kelabnya enam minit sebelum tamat permainan memastikan kemenangan Malaga dan membolehka­n mereka memintas Las Palmas dan Alaves untuk kurang satu mata dari zon selamat.

Las Palmas kekal di tangga terbawah liga selepas mencipta rekod baharu dalam La Liga apabila tewas 13 perlawanan berturut-turut apabila kalah 0-2 kepada Levante. — AFP MILAN, Itali: Penjaga gol Gianluigi Buffon dan pemain pertahanan, Andrea Barzagli direhatkan oleh Juventus ekoran kegagalan skuad kebangsaan Itali layak ke Piala Dunia 2018 ketika Juventus tewas 2-3 di Sampdoria dalam aksi Serie A Itali Ahad lepas.

Juventus ketinggala­n 0-3 sehingga lewat permainan selepas Duvan Zapata, Lucas Torreira dan Gian Marco Ferrari menjaringk­an gol dalam separuh masa kedua.

Juventus merapatkan kedudukan dengan dua gol pantas pada minit kecederaan menerusi tendangan penalti Gonzalo Higuain dan Paulo Dybala.

Tetapi ia sudah terlalu lewat untuk menjaringk­an gol penyamaan menyebabka­n Juventus jatuh ke tangga ketiga dan ketinggala­n empat mata di belakang pendahulu liga, Napoli – yang menang 21 ke atas AC Milan pada perlawanan hari Sabtu – dengan Inter Milan naik ke tangga kedua selepas dua gol Mauro Icardi memastikan kemenangan 2-0 ke atas Atalanta.

Napoli mengumpul 35 mata dari 13 perlawanan, dua mata di hadapan Inter dengan Juventus kekal 31 mata dan AS Roma kurang satu mata di belakang tetapi kurang satu perlawanan selepas menewaskan Lazio pada perlawanan hari Sabtu.

“Ia sesuatu yang tidak dijangkaka­n,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Al- legri.

“Perlawanan hari ini adalah salah satu yang berlaku sekali dalam setahun, ia sukar untuk dijelaskan dan menyebabka­n anda terlopong.”

“Kami seharusnya lebih bersabar, walaupun jika semuanya tidak memihak kepada kami. Musim ini masih panjang, anda harus tidak panik.”

Juventus mempunyai peluang lebih baik di awal permainan dengan cubaan Higuain sedikit tersasar dan rembatan Mario Mandzukic dan Juan Cuadrado ditepis penjaga gol Sampdoria.

Allegri mengambil risiko dengan merehatkan Buffon dan Barzagli sementara Dybala bermula di bangku simpanan untuk menentang pasukan yang cukup kuat di gelanggang sendiri musim ini.

“Buffon dan Barzagli masih sukar menerima hakikat kegagalan Itali ke Piala Dunia,” jelas Allegri.

“Selepas 15 hari bersama Itali (dua perlawanan playoff kelayakan menentang Sweden), ia adalah masa untuk berehat.

“Ia lumrah bola sepak tetapi ia sememangny­a sesuatu yang sangat malang apabila Itali gagal ke Piala Dunia tetapi kami tahu bagaimana untuk bangkit dan bermula dari bawah sekali lagi.”

Sampdoria mengawal asakan Juventus dalam separuh masa pertama sebelum Zapata membuka jaringan pada minit ke- 52 dan Torreira menambah jaringan pada minit ke-71 dengan Ferrari melengkapk­an jaringan lapan minit kemudian.

Juventus merapatkan kedudukan pada minit ke91 dari tendangan penalti Higuain sebelum Dybala me- nambah jaringan beberapa saat sebelum wisel penamat.

Ia adalah kekalahan liga yang kedua Juventus musim ini dan satu kekecewaan besar dalam persediaan menentang Barcelona pada perlawanan Liga Juara-Juara Rabu ini.

Pada perlawanan lain, AS Roma menewaskan Lazio 2- 1 pada perlawanan dua kelab berjiran di kota Rom menerusi gol Diego Perotti dan Radja Nainggolan.

Ciro Immobile merapatkan kedudukan ketika berbaki 18 minit permainan tetapi Roma bertahan sehingga ke wisel penamat.

Davide Ballardini memulakan tugas sebagai jurulatih Genoa dengan kemenangan apabila menewaskan Crotone 1-0 tetapi Benevento mengalami kekalahan ke-13 apabila tewas 2-1 kepada Sassoulo. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CERIA: Zapata (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika beraksi pada perlawanan Serie A Itali menentang Juventus di Stadium Luigi Ferraris, Genoa Ahad lepas.
— Gambar AFP CERIA: Zapata (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika beraksi pada perlawanan Serie A Itali menentang Juventus di Stadium Luigi Ferraris, Genoa Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia