Utusan Borneo (Sarawak)

Sii, Lee dinobatkan juara kategori lelaki, wanita terbuka Larian Pantai Miri 2017

-

MIRI: Sii Tuong Jing dan Lee Leh Ha masing-masing dinobatkan juara bagi kategori lelaki dan wanita terbuka Larian Pantai Miri 2017 di Beach Republic di sini kelmarin.

Tempat kedua kategori lelaki terbuka dimenangi Jonnycal Mengok dan Steven Wo di tempat ketiga, Lee Learn Syan (keempat) dan Azamaain Gkmbar (kelima).

Dalam kategori wanita terbuka, tempat kedua Lee Siew Shien diikuti Jacyntha Thian (ketiga), Yvonne Wong (keempat) dan Nicole Nikola (kelima).

Bagi lelaki veteran Lee Joon Kien muncul juara, Lee Kim Hin (naib juara) sambil Chung Yei Yang di tempat ketiga dan Hii Lik Nguong (keempat) dan Lim Teck Hai (kelima).

Juara bagi kategori wanita veteran Hii Yieng Nyuk, naib juara Joanna Eng diikuti Lea Asilom di tempat ketiga, Sia Gonjeng dan Sim Siew Ha masing-masingnya di tempat keempat dan kelima.

Kategori lelaki junior menyaksika­n Clatern Ronan Ho muncul juara, sambil Nivelley Billy (naib juara) dan Law Jun Ting di tempat ketiga. Tem- pat keempat ialah Tiong Hua Kwong dan kelima Raymong Tiong.

Bagi wanita junior, juara dimenangi Jennifer Sia, naib juara ialah Kiew Sue Yin manakala Rachelle di tempat ketiga diikuti Maz Ween (keempat) dan kelima ialah Siti Zulhijah.

Kategori keluarga-wanita, tempat pertama dimenangi pasangan Wong Siew Ming dan Ivy Ning Chai, Yong Pei Ying dan Shanice Tang (kedua) Goh Ying Fong dan Gwenda Eve Freddy (ketiga) Ting Mee Lu dan Chai Khu Ying (keempat) dan kelima Chia Siang Hui dan Tone Lau.

Untuk kategori keluargale­laki, Robin Wan Mathew dan Celestial Reyes Ho muncul juara sambil naib juara Masli Eai dan Md Azeezur Izham; tempat ketiga Erie Jeery dan Ernest Josiah; keempat Joseph Sia dan Romeo Sia dan kelima Walter Wong dan Ronan Sia.

Acara itu dianjurkan Pengurusan Pusat Rekreasi Beach Republic bagi mengutip derma untuk tabung rumah anakanak yatim, Miri Methodist Children’s Home dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Morsjaya.

Perlepasan peserta disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM), Adam Yii.

Turut hadir Pengarah Beach Republic Mabel Law, Pengarah Miri Beach Run 2017 Lawrence Wong; pengerusi penganjur, Liew Li Yee dan penyelia Miri Methodist Chidren’s Home, Vivian Lo serta ahli jawatankua­sa PDK Morsjaya, Dennis Ng.

Majlis itu turut menyaksika­n penyampaia­n cek berjumlah RM6,000 masingmasi­ngnya kepada PDK Morsjaya dan Miri Methodist Childrens Home.

 ??  ?? TAHNIAH: Law (kanan) menyampaik­an hadiah kepada Sii.
TAHNIAH: Law (kanan) menyampaik­an hadiah kepada Sii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia