Utusan Borneo (Sarawak)

25 pelajar Tenby Schools Miri hias biskut Krismas untuk amal

-

SERAMAI 25 pelajar Tenby Schools Miri telah terlibat sama bagi menjayakan program amal menghias biskut Krismas yang diadakan di Pullman Miri Waterfront Hotel di Miri, baru-baru ini.

Program terbabit adalah usaha untuk menggalakk­an pelajar sekolah berkenaan menyumbang­kan sesuatu kepada masyarakat setempat khususnya mereka yang memerlukan.

“Program sehari ini juga salah satu inisiatif untuk membolehka­n mereka (pelajar) untuk terlibat melaksanak­an kerja-kerja kebajikan di luar sekolah dan menyumbang­kan kembali kepada masyarakat.

“Kesemua biskut telah dibuat dan dibakar oleh cef hotel sendiri, manakala hiasannya dilakukan oleh para pelajar tersebut,” jelas Pengetua Jeanne Denyer.

Menurutnya, selain untuk program amal, usaha itu turut mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar kerana saling membantu menghias biskut Krismas berkenaan dan berjaya menghasilk­an ratusan biskut Krismas dalam tempoh dua jam.

“Biskut yang telah dihias berkenaan akan dijual pada harga RM2 setiap satu di hotel berkenaan pada hari terbabit, manakala lebihan daripada jualan di hotel dibawa balik untuk dijual di sekolah pula,” katanya.

Jelas Jeanne, hasil kutipan jualan berkenaan akan disalurkan kepada dua organisasi kebajikan iaitu Ten Ringgit Club dan Pusat Sunflower Miri.

“Kita menyasarka­n sekurang-kurangnya RM1,000 hasil kutipan daripada program ini untuk disalurkan kepada kedua-dua organisasi itu nanti.

“Kedua-duanya merupakan organisasi yang telah kami sokong sejak lima tahun lalu dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan dengan harapan dapat mengumpul dana bagi mereka yang memerlukan,” tambahnya.

Sementara itu, bagi Sajeev Depmath, 13, pengalaman pertama kali menghias biskut tersebut memberikan­nya perasaan teruja kerana dapat berbakti kepada masyarakat, selain mencuba sesuatu yang baharu.

“Setiap kali jika ada aktiviti sekolah yang membolehka­n saya turut serta, saya akan menyertain­ya termasuk aktiviti ini yang menjadi antara aktiviti julung kali saya sertai.

“Ia bukan sahaja memberi pengalaman kepada saya, malah usaha ini dapat membantu mereka di luar sana yang memerlukan sokongan kita,” ujarnya yang juga berasal dari Bangladesh.

Manakala bagi Dhara Rahul Naidu, 11, dari India pula pengalaman itu turut memberinya peluang merasai biskut yang dihiasnya sendiri, selain membantu pihak sekolah melaksanak­an program amal untuk

masyarakat.

 ??  ?? HASIL: Jeanne (tengah) menunjukka­n hasil biskut yang dihias oleh pelajarnya. Turut kelihatan Pengurus Hotel Pullman Miri Waterfront, Jayson Chong (kiri). UNTUK ALBUM: Jeanne (baris belakang, kiri) bersama tenaga pengajar dan pelajar Tenby Schools Miri...
HASIL: Jeanne (tengah) menunjukka­n hasil biskut yang dihias oleh pelajarnya. Turut kelihatan Pengurus Hotel Pullman Miri Waterfront, Jayson Chong (kiri). UNTUK ALBUM: Jeanne (baris belakang, kiri) bersama tenaga pengajar dan pelajar Tenby Schools Miri...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia