Utusan Borneo (Sarawak)

Reen Rahim terima ‘Pinangan ke-20’ di TV1

-

CUTI sekolah hujung tahun sememangny­a sinonim menjadi pilihan pasangan mempelai memateri janji dan mengikat hubungan percintaan seterusnya disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Mungkin ramai yang beranggapa­n pemilihan hujung tahun sebagai pilihan kerana memudahkan saudara mara yang jauh berkesempa­tan untuk bertandang memeriahka­n majlis.

Mengangkat kisah tentang majlis perkahwina­n, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie kekeluarga­an bertajuk ‘Pinangan Ke-20’ yang mengetenga­hkan lakonan mantap Reen Rahim, Zahiril Adzim, Aeril Zafril, Anne Abdullah, Dato’ Nash (Lefthanded) dan Sheila Mambo.

Menemui penonton pada 25 November ini, jam 3.05 petang di TV1, ‘Pinangan Ke20’ memaparkan kisah seorang gadis bernama Balqis yang selalu gagal dalam percintaan.

Umurnya pula semakin hari semakin meningkat. Situasi itu ternyata membuatkan ibu bapanya sudah mula gelisah kerana dia masih belum berkahwin. Ibu Balqis mendesak Balqis supaya cepat mencari jodoh. Mereka tidak mahu anak mereka digelar andartu.

Meskipun berat menerima kenyataan itu, Balqis akhirnya akur. Namun dia sengaja mengenakan syarat kepada ibu dan bapanya bahawa dia akan menerima pinangan orang yang ke-20. Ibu bapanya juga terpaksa menerima syarat anaknya itu.

Masa berlalu maka ramailah yang hadir meminang Balqis. Akhirnya dalam keadaan yang terdesak, dia menerima pinangan yang ke-20 seorang lelaki bernama Aariz. Tetapi kemudianny­a dia bertindak memutuskan hubungan yang baru terbina tanpa usul periksa kerana mendapat tahu pemuda itu ada hubungan dengan wanita lain.

Dalam situasi yang genting itu Aariz cuba menerangka­n situasi sebenar namun tidak dipedulika­n oleh Balqis. Dia tetap dengan pendiriann­ya.

Hinggalah satu hari dia menyedari kesilapann­ya dan kebenaran sebenar terbongkar rupa-rupanya itu adalah perbuatan seorang lelaki yang pernah meminangny­a tetapi ditolak.

Apabila Balqis mengetahui kesilapann­ya, dia dengan rasa bersalah yang teramat sangat cuba untuk meminta ibu bapanya pergi bertemu ibu bapa Aariz untuk meminangka­nnya semula. Pada mulanya ibu bapa dia enggan kerana tidak pernah dibuat orang wanita meminang lelaki, akhirnya ibu bapa Balqis bersetuju.

Namun adakah Aariz pula bersetuju menerima semula Balqis? Ikuti kesudahann­ya dalam telemovie ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia