Utusan Borneo (Sarawak)

Rempuhan maut di Maghribi

-

RABAT: S e k u r a n g - kurangnya 15 orang wanita telah terbunuh dan lima orang tercedera kelmarin dalam satu nahas ketika bantuan makanan telah diagihkan berhampira­n pekan pelanconga­n pantai Essaouira di barat Maghribi, menurut pihak berkuasa dan saksi.

Kemalangan berlaku di kampung Sidi Boulaalam, kira-kira 60 kilometer dari Essaouira.

Seorang saksi memberitah­u AFP bahawa beratus-ratus orang wanita telah berkumpul di sebuah pasar kampung bagi satu pengagihan tepung yang dianjurkan setiap tahun oleh seorang penyumbang terkenal dari wilayah yang tinggal di ibu negara komersil, Casablanca.

“Tahun ini terdapat ramai orang, beberapa ratus orang,” saksi, seorang doktor yang meminta namanya dirahsiaka­n, memberitah­u AFP.

“Orang ramai berasakasa­k, mereka telah merempuh sekatan,” menurut beliau.

“Pihak berkuasa tempatan di tempat kejadian telah terkejut. Malah ketika terdapat orang di kawasan tersebut, penduduk terus berbalah untuk makanan.”

Doktor menyatakan semua orangterko­rbanadalah­wanita, sambil menambah 10 orang lagi telah dicederaka­n, dan bahawa dua orang lagi berada dalam keadaan kritikal.

Mangsa yang tercedera telah dipindahka­n ke sebuah hospital di Marrakesh, kata beliau.

Imej-imej yang dihantar dalam ‘ essaouira en ligne tv’, satu laman Facebook yang dijalankan aktivis, menunjukka­n sekumpulan besar orang ramai berkumpul di dataran pasar di kampung tersebut dan mayat bergelimpa­ngan di atas tanah.

“Kelaparan membunuh penduduk miskin di wilayah Essaouira,” menurut kenyataan itu. “Tragedi tersebut memalukan perwakilan dan pihak berkuasa.”

Manar Khouda, seorang guru yang menjalanka­n laman Facebook, menyatakan pengedaran tahunan telah menimbulka­n beberapa kejadian rempuhan sebelum ini.

Beliau menyatakan hanya empat anggota polis telah diarahkan untuk mengawal penghantar­an tahun ini.

Akhbar Akhbar alYaoum memetik penganjur Abdelkadir El Hadidi, seorang imam, sebagai menyatakan operasi tersebut sejajar dengan undang-undang dan di bawah penyeliaan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa menyatakan satu siasatan telah dibuka bagi “menentukan kesan insiden” dan menentukan siapa yang bertanggun­gjawab.

Kementeria­n dalam negeri menyatakan Raja Mohammed VI menitahkan penyediaan bantuan dan sokongan buat keluarga mangsa dan mereka yang tercedera.

“B a g i n d a t u r u t memutuskan untuk meliputi kos pengebumia­n mangsa dan rawatan bagi mangsa tercedera,” katanya.

Satu laporan rasmi pada awal Oktober telah mengecam kemiskinan teruk yang berterusan di kawasan luar bandar dan terpencil dan laman sesawang berita Medias 24 menyatakan Sidi Boulaalam antara kampung termiskin di Maghribi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia