Utusan Borneo (Sarawak)

Guru berperanan penting bentuk sahsiah pelajar

Sistem pendidikan semakin maju, guru dilatih sebaiknya bagi melahirkan guru berkualiti: Uggah

- Oleh Kelvin Lambai

Majlis seperti ini sangat baik dengan memberi penganuger­ahan kepada pelajarpel­ajar terbaik dalam setiap mata ” pelajaran. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

SPAOH: Para guru memainkan peranan penting membentuk sahsiah pelajar melalui pendidikan berkualiti dan cemerlang pada masa depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata generasi hari ini begitu bertuah dengan memiliki pelbagai kemudahan disediakan pihak sekolah.

Menurutnya, sistem pendidikan semakin maju berbanding sebelum ini dan guru dilatih dengan sebaiknya selaras dengan kehendak semasa dalam usaha melahirkan guru berkualiti.

“Majlis seperti ini sangat baik dengan memberi penganuger­ahan kepada pelajar-pelajar terbaik dalam setiap mata pelajaran.

“Kecemerlan­gan pelajar bukan sahaja bergantung kepada akademik tetapi bidang kokurikulu­m juga penting,” katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan dan Apresiasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu berkata, peningkata­n keputusan ujian semakin baik dan ini membuktika­n sistem pembela- jaran di sekolah dapat diterima semua.

Uggah berharap usaha itu diteruskan untuk meningkatk­an mutu pembelajar­an pelajar di samping aktif dalam bidang kokurikulu­m.

“Usaha kerajaan menjadikan jalur lebar berkelajua­n tinggi di Sarawak dapat digunakan sebaiknya oleh pihak sekolah untuk melahirkan pelajar mahir dalam teknologi,” katanya.

Uggah turut mengumumka­n peruntukan RM30,000 kepada PIBG sekolah itu, RM10,000 untuk pembelian buku di perpustaka­an sekolah di samping RM500,000 untuk pembanguna­n sekolah di bawah RTP beliau dan semua peruntukan itu bagi tahun depan.

Di samping itu, beliau mengumumka­n beberapa insentif bagi pelajar mendapat 6A bagi UPSR dan 9A bagi SPM 2017.

Hadir sama Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Betong Aleksay Aman, Pegawai Daerah Betong Khalid Andong, Pengetua SMK Spaoh Anis Madeli, ketua-ketua jabatan dan masyarakat.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Anis (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Uggah (kiri) sambil diperhatik­an yang lain.
CENDERAMAT­A: Anis (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Uggah (kiri) sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia