Utusan Borneo (Sarawak)

PENGASAS APPLE SEDIA PROMOSI SARAWAK

-

KUCHING: Pengasas bersama syarikat Apple Steve Wozniak tidak keberatan untuk membantu mempromosi­kan Sarawak.

Menurutnya, banyak perkara menarik di sini perlu diterokai dan dipromosik­an kepada masyarakat dunia.

“Ya, saya boleh mempromosi­kan Sarawak namun saya tidak berpeluang untuk menerokai lebih banyak perkara yang menarik di sini.

“Saya seorang penceramah awam, jadi tidak menjadi masalah untuk saya berkongsi perkara tentang Sarawak kepada masyarakat dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai usahanya yang boleh membantu Sarawak dalam usaha ke arah pembanguna­n ekonomi digital pada sidang media sempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Terdahulu, Wozniak memberitah­u bahawa beliau menjangkak­an semua pembayaran dari sekarang dan masa depan akan melalui telefon pintar sahaja.

Katanya alat yang dimiliki oleh hampir semua orang ini seterusnya mungkin menjadi kunci kereta, rumah dan sebagainya melalui pembanguna­n aplikasi.

Meluangkan masa menerusi WIEF di Kuching, Wozniak berkata institusi pengajian tinggi di sini perlu mula melahirkan jurutera digital dalam pembanguna­n mata wang siber yang menjadi platform dalam ekonomi digital global.

Beliau memberitah­u, ‘blockchain’ dan ‘bitcoins’ merupakan antara mata wang siber yang popular sekarang selain pembagunan kepintaran buatan ( artificial intelligen­ce) yang semakin maju.

“Ini seterusnya akan berkembang kepada produk- produk inovasi baharu seperti kenderaan elektrik pintar yang memandu sendiri yang sedang rancak dibangunka­n pelbagai negara sekarang,” jelasnya.

Wozniak menambah, ini adalah ekonomi masa depan meskipun permintaan terhadap teknologi ini masih rendah ekoran harga yang tinggi namun yakin ia akan menjadi mampu milik selepas dihasilkan secara banyak dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Seperti Apple katanya, mereka mula mengasah jurutera digital baharu yang berani mengambil risiko untuk mewujudkan sesuatu daripada minat dan imiginasi.

Hadir sama pada sidang media itu Pengerusi Yayasan WIEF Tun Musa Hitam.

 ??  ?? KONGSI PENGALAMAN: Wozniak (kanan) ditemani Musa (tengah) mengadakan sidang media sempena Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-13.
KONGSI PENGALAMAN: Wozniak (kanan) ditemani Musa (tengah) mengadakan sidang media sempena Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-13.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia