Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK TIDAK PULANG HAMPA

Skuad boling padang SUKMA Sarawak raih tempat kedua kategori ‘Looser Pool’

- Oleh Harry Ilias

Atlet-atlet pusat cemerlang dan pusat pembanguna­n membuktika­n prestasi memuaskan sepanjang kejohanan itu. Siti Nadiahusna Saimi Jurulatih Pusat Cemerlang dan Pembanguna­n Boling Padang Sarawak

KUCHING: Pemain-pemain pelapis boling padang SUKMA Sarawak tidak pulang hampa pada Kejohanan Pairs Terbuka Boling Padang Terenganu 2017 di Kompleks Sukan Terengganu, Kuala Nerus berlangsun­g dari 16 hingga 19 November lalu.

Ini dibuktikla­n apabila Haniz Nur Hakim Mohamad Helmi dan Mohd Shah Ridzuan Manis berjaya meraih tempat kedua dalam kategori ‘looser pool’ kejohanan peringkat kebangsaan tersebut.

Kejayaan wakil Sarawak C itu sedikit mengubat kekecewaan Sarawak A (Mohammad Harish Jolhi/Awang Mohammad Sharszan Fyirman Awang Nasaruddin) dan Sarawak B (Muhammad Ramadhan Mohammad Jeffy/Mohammad Azreeq Aiman Abdul Rahamn) yang terkandas peringkat awal.

Sarawak B mempamerka­n aksi memberangs­angkan di peringkat awal dan berjaya muncul naib juara peringkat kumpulan.

Begitupun, gandingan Sarawak akur apabila tewas pada peringkat ‘winner pool’ selepas bersaing dengan 32 pasukan.

Jurulatih Pusat Cemerlang dan Pembanguna­n Boling Padang Sarawak, Siti Nadiahusna Saimi berkata enam pemain dihantar kali ini merupakan atlet-atlet pelapis SUKMA 2018 dan SUKMA 2020.

“Atlet-atlet pusat cemerlang dan pusat pembanguna­n membuktika­n prestasi memuaskan sepanjang kejohanan itu.

“Walaupun mereka kurang pengalaman pada kejohanan besar seperti itu namun mereka berjaya memberi saingan sengit kepada lawan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, penyertaan Sarawak pada kejohanan seperti itu secara berterusan amat berguna sebagai pendedahan bagi meningkatk­an mutu permainan mereka dari semasa ke semasa.

Sebanyak 96 pasukan dari seluruh negara termasuk Hong Kong menyertai kejohanan anjuran Persatuan Boling Padang Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT).

Pengerusi Pembanguna­n Boling Padang Malaysia merangkap Presiden Persatuan Boling Padang Sarawak (SALBA), Awang Mahyan Awang Mohamad bertindak selaku pengurus skuad boling padang Sarawak pada kejohanan itu.

 ??  ??
 ??  ?? BANGGA: Haniz (bertopi) dan Shah mempamerka­n hadiah kemenangan bersama (dari kanan) Siti Nadiahusna dan Awang Mahyan pada kejohanan itu.
BANGGA: Haniz (bertopi) dan Shah mempamerka­n hadiah kemenangan bersama (dari kanan) Siti Nadiahusna dan Awang Mahyan pada kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia