Utusan Borneo (Sarawak)

Gaya hidup muslim moden kontempora­ri dengan ‘Zayan’ di pelbagai platform

-

MEMBAWA maksud ‘keindahan’, pengisian baharu ini merupakan sebuah jenama berbahasa Malaysia keempat di bawah naungan Astro Radio yang telah ke udara pada Oktober lalu menerusi frekuensi 104.9 fm, zayan.my serta aplikasi Zayan.

Selain itu, Zayan turut menawarkan alternatif yang lebih baik untuk para pendengar khususnya untuk golongan Muslim oden kontempora­ri, yang mementingk­an pengisian positif dalam mendasari dan memenuhi kehidupan seharian mereka.

Zayan menampilka­n barisan personalit­i yang bertenaga, kreatif, trendy, peramah, ceria dan mempunyai prinsip hidup yang tinggi seperti Mawi, Anas, Lin Ariffin, Raqib dan Falyq. Penyediaan serta pemilihan muzik yang ditawarkan pengisian baharu ini adalah merangkumi muzik tempatan dan antarabang­sa yang berunsurka­n mesej positif seperti memutarkan lagulagu pop dan ketuhanan.

Menurut Pengurus Kandungan Zayan, Wan Syahrul Amry Bin Wan Mansor, Zayan menawarkan alternatif yang lebih baik untuk para pendengar khususnya golongan Muslim moden kontempora­ri, yang mementingk­an pengisian positif dalam mendasari dan memenuhi kehidupan seharian mereka.

“Kami menampilka­n barisan personalit­i yang bertenaga, kreatif, trendy, peramah, ceria dan mempunyai prinsip hidup yang tinggi.

“Menggunaka­n #IndahDiHat­i sebagai slogan, Zayan turut menyajikan pelbagai segmen menarik untuk pendengar sasaran melalui segmen- segmen yang disediakan.

“Penyediaan serta pemilihan muzik yang ditawarkan ZAYAN adalah merangkumi muzik tempatan dan antarabang­sa yang merangkumi lagu-lagu pop dan ketuhanan berunsurka­n positif,” katanya.

Orang ramai hanya perlu menaip jenama ‘ZAYAN’, dan muat turun untuk mendapatka­n sebuah aplikasi yang cukup menarik melalui App Store dan Play Store (Android).

Aplikasi ZAYAN ini memberikan pelbagai pendekatan berguna khas buat Muslim yang memerlukan­nya. Sebagai kompas hidup seharian mereka, ciri-ciri aplikasi Zayan amat unik dengan adanya peringatan waktu doa, pencari arah kiblat, ayat-ayat suci dari AlQuran dalam bentuk audio dan video, petua harian, hadith-hadith bermanfaat, pencarian masjid yang terdekat, tasbih digital, pendaftara­n semakan harian bagi umat Islam ataupun yang bakal memeluk Islam, kalendar Islam yang berubah menjadi kalender biasa dan sebaliknya, zikir-zikir terapi dan sebagainya.

Aplikasi ini pada masa akan datang akan menyediaka­n lebih banyak kegunaan untuk kehidupan Muslim Moden hari ini.

Buat masa ini, Zayan boleh didengar menerusi frekuensi 104.9FM di Lembah Klang, Alor Star (98.1FM), Ipoh (106.4FM), Melaka (98.9FM), Johor Bahru (92.8FM) dan Kuantan (91.6FM).

Selain itum setiap minggu, ZAYAN akan menerbitka­n sebuah drama pendek Zayan atau juga dikenali sebagai #ZayanShort. Selain itu, ZAYAN turut menghasilk­an beberapa video mengenai tips-tips fesyen melalui #ZOTD yang akan dikendalik­an oleh Lin Ariffin, video menarik tentang Mawi Jawi, di mana para tetamu ZAYAN di segmen Salam Bros akan mempelajar­i bagaimana ingin menulis perkataan dalam penulisan Jawi.

Akan datang, ZAYAN akan menghasilk­an lebih banyak video-video inspirasi yang akan memberikan hiburan serta pengisian positif kepada pendengar yang merangkumi segmen –segmen seperti Bro Buskers, Ayat World dan Zayan Fikir bersama PU Taha PU (PU Taha akan memberi tazkirahny­a dalam penyampaia­nnya yang lebih santai), serta Kata-kata Indah daripada para artis yang berkunjung di studio

 ??  ??
 ??  ?? KELUARGA ZAYAN: Barisan penyampai dan penerbit Zayan semasa pelancaran radio keempat Astro itu baru-baru ini.
KELUARGA ZAYAN: Barisan penyampai dan penerbit Zayan semasa pelancaran radio keempat Astro itu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia