Utusan Borneo (Sarawak)

Kejurutera­an, sains sangat diperlukan

Sarawak yang beralih ke arah Revolusi Industri 4.0 memerlukan 90 peratus sumber manusia memiliki kelayakan ini: Manyin

- Oleh Henrietta Liza

KOTA SAMARAHAN: Sarawak yang sedang beralih ke arah Revolusi Industri 4.0 memerlukan 90 peratus sumber manusia yang mempunyai kelayakan kemahiran kejurutera­an dan sains.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata bagi menyahut seruan tersebut, kementeria­nnya sedang memfokuska­n kepada Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) dan penguasaan bahasa Inggeris

“Kedua- dua perkara ini amat membimbang­kan pihak kementeria­n kerana kerajaan sedang menekankan kepada pembanguna­n ekonomi digital untuk dicapai pada Revolusi Industri 4.0 nanti,” katanya ketika berucap merasmikan Program STEM Fair 2017 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak di sini semalam.

Tambahnya, sasaran peringkat nasional untuk pendidikan STEM adalah sebanyak 60 peratus iaitu 40 peratus daripadany­a adalah untuk mata pelajaran Sains manakala 20 peratus bagi bahagian teknikal.

Sedangkan, di Sarawak baharu sahaja mencapai 23.5 peratus iaitu 19.7 peratus dalam aliran sains manakala 3.8 peratus lagi dalam bidang teknikal yang jelas memerlukan penambahba­ikan.

Justeru, jelas Manyin melalui penganjura­n STEM yang dianjurkan UiTM berupaya menanam minat pelajar dari seawal usia enam tahun lagi.

Kementeria­n hari ini sedang melihat punca kegagalan STEM dan mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorongn­ya iaitu prasarana dan keadaan sekolah yang daif, usang dan tidak selesa.

Tambah buruk lagi apabila sekolah-sekolah kecil yang mempunyai pendaftara­n murid kurang daripada 150 murid di seluruh negeri diajar guru yang mempunyai pengkhusus­an pengajaran yang lain daripada STEM.

“Bayangkan selepas murid masuk ke tingkatan satu, peratusan itu menurun dan apabila mahu masuk kepada pengkhusus­an aliran sains di tingkatan empat hanya sehingga ke tingkatan enam tinggal 15 peratus.

“Di peringkat universiti, jumlahnya cuma tinggal 10 peratus daripada jumlah 23.5 peratus itu.

“Kita pada masa yang sama tidak sama sekali menyalahka­n guru ini kerana mereka terpaksa mengajar sedangkan pengkhusus­an mereka lain tetapi terpaksa mengajar mata pelajaran STEM tanpa mengetahui modul pembelajar­an secara terperinci.

“Dari sini kita lihat bagaimana murid dari peringkat sekolah rendah tidak lagi berminat dan kurang bermotivas­i untuk mempelajar­i STEM,” ujarnya.

Pada majlis yang sama, beliau mengingatk­an rakyat Sarawak agar mempelajar­i dan mengusai bahasa Inggeris agar tidak ketinggala­n dalam persaingan global hari ini.

Bayangkan, dua bilion manusia di dunia menjadikan bahasa Inggeris sebagai ‘lingua franca’ iaitu untuk bertutur, perniagaan, bahasa sains, diplomasi dan banyak lagi.

Justeru, kecenderun­gan untuk tidak menguasai bahasa Inggeris adalah bagi pelajar berumur enam hingga 17 tahun dari kawasan luar bandar.

Statistik turut menunjukka­n lebih 200,000 graduan IPTA atau IPTS yang telah tamat pengajian menjadi penganggur kerana tidak fasih berbahasa Inggeris yang merupakan salah satu permintaan dalam bidang pekerjaan.

Sesungguhn­ya, tegas Manyin kita tidak mengabaika­n penggunaan bahasa Malaysia kerana ia menunjukka­n identiti negara dan menjadi medium untuk menyatukan rakyat berbilang agama dan bangsa di Malaysia, katanya kemudian.

Turut hadir Rektor UiTM Cawangan Sarawak Datuk Dr Jamil Hamali, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datu Sudarsono Osman dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dr Abdul Rahman Deen.

Sekitar 225 murid sekolah rendah sekitar kawasan Kuching dan Kota Samarahan menghadiri pameran itu semalam.

Kedua-dua perkara ini amat membimbang­kan pihak kementeria­n kerana kerajaan sedang menekankan kepada pembanguna­n ekonomi digital untuk dicapai pada Revolusi Industri 4.0 nanti. ” Dato Sri Michael Manyin Jawong Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Manyin (tiga kanan) menuangkan sukatan kimia sebagai simbolik perasmian sambil ditemani Sudarsono (dua kanan), Jamil tiga kiri dan Abdul Rahman (dua kiri) di UiTM, Kota Samarahan semalam.
RASMI: Manyin (tiga kanan) menuangkan sukatan kimia sebagai simbolik perasmian sambil ditemani Sudarsono (dua kanan), Jamil tiga kiri dan Abdul Rahman (dua kiri) di UiTM, Kota Samarahan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia