Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian juga untuk mengenal pasti kaedah terbaik mengatasi pergerakan tanah terbabit Punca runtuhan cerun Bukit Kanada dikaji

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Satu kajian lebih terperinci dilakukan untuk mengenal pasti punca runtuhan tanah pada cerun Bukit Kanada serta kaedah terbaik mengatasi fenomena pergerakan tanah terbabit.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata masih terlalu awal menentukan sama ada kawasan itu selamat atau sebaliknya.

“Kajian akan dilakukan oleh pakar untuk mencari punca atau sebab berlakunya rekahan tanah pada cerun Bukit Kanada serta memantau pergerakan tanah,” katanya semasa melawat cerun Bukit Kanada semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Marudi itu berkata, kajian termasuk mengukuhka­n struktur dalam tanah serta memastikan aliran air tidak memasuki kawasan berlaku rekahan awal.

“Setakat ini kita tidak dapat menentukan sama ada kawasan ini masih selamat atau tidak kerana ia bergantung kepada kajian dibuat pakar daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Jika terdapat keperluan menutup jalan itu atau rekahan boleh membahayak­an penduduk berhampira­n, maka mereka akan diberitahu agar berpindah,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini usaha dilakukan untuk mengurangk­an rekahan baharu atau tanah susur dengan meletakkan penghadang kalis air.

Penguang juga menyaranka­n agar setiap projek dilaksanak­an di Miri perlu memikirkan faktor kesela-

Kajian akan dilakukan oleh pakar untuk mencari punca atau sebab berlakunya rekahan tanah pada cerun Bukit Kanada serta memantau pergerakan tanah. Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

matan tambahan.

“Setiap pembanguna­n dilakukan di sini perlu dipantau kerajaan tempatan supaya tidak menimbulka­n masalah lain,” jelasnya.

Sementara itu, pakar kejurutera­an cerun JKR Kuala Lumpur memberitah­u bahawa rekahan wujud pada bahagian atas cerun bukit pada peringkat awal akibat aliran air melembutka­n struktur bawah tanah.

“Rekahan kecil bermula dari atas cerun disebabkan aliran air dari bahagian atas, pengaliran air menjadi lebih cepat sekiranya terdapat batu-batu granit terluluh hawa mudah menyerap air dan terhakis,” jelasnya.

Rekahan itu menjadi lebih besar sekiranya pengaliran air bawah tanah menjadi deras dan melonggark­an struktur tanah boleh menyebabka­n tanah runtuh.

“Usaha perlu dilakukan ketika ini adalah memastikan air dari atas cerun tidak memas- uki kawasan tanah susur dan memesongka­n aliran air ke arah lain,” katanya.

Bagaimanap­un, kajian dilakukan bersama agensi kerajaan tempatan untuk menentukan tindakan seterusnya.

Kawasan cerun terbabit setinggi 50 meter sementara jaraknya dari kawasan perumahan berhampira­n ialah 284 meter.

Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii, Pegawai Khas Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Erick Chin serta pegawai dan jurutera JKR Miri termasuk kaunselor MBM.

 ??  ?? BAHAYA: Cerun Bukit Kanada mengalami hakisan tanah membimbang­kan penduduk tinggal tidak jauh dari lokasi itu.
BAHAYA: Cerun Bukit Kanada mengalami hakisan tanah membimbang­kan penduduk tinggal tidak jauh dari lokasi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia