Utusan Borneo (Sarawak)

Pecah rumah: Dua pasangan adik beradik ditangkap

-

KUCHING: Dua pasangan adik beradik ditangkap polis untuk membantu siasatan selepas disyaki terlibat kes pecah rumah di Bandar Baharu Samariang di sini, sekitar bulan lepas.

Difahamkan, keempat-empat suspek yang masing-masing berusia 24 dan 25 tahun ditangkap di rumah keluarga mereka juga di Bandar Baharu Samariang iaitu sekitar jam 11 pagi hingga 1 petang kelmarin (Isnin).

Menurut sumber, turut dirampas ialah seunit alat pengimpal besi yang berjaya diperolehi daripada seorang lelaki yang dikatakan membeli alat tersebut daripada suspek yang kononnya kepunyaan rakannya.

“Keempat-empat suspek yang merupakan dua pasangan adik beradik itu ditangkap kerana disyaki terlibat kes pecah rumah yang dilaporkan berlaku pada 20 Oktober lalu, di mana beberapa barang telah dilaporkan hilang termasuk alat pengimpal dan perkakas elektrik.

“Hasil siasatan awal, difahamkan dua daripada suspek yang merupakan adik beradik mengaku terlibat dalam kejadian tersebut yang kemudian membawa kepada penemuan semula alat pengimpal besi tersebut,” kata sumber.

Bagaimanap­un, siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.

“Dua daripada suspek didapati positif dadah dan tiga daripada mereka juga memiliki rekod kesalahan lampau iaitu pernah ditangkap atas beberapa kesalahan termasuk di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB),” kata sumber.

Keempat- empat suspek kini ditahan reman di lokap polis untuk melakukan siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia