Utusan Borneo (Sarawak)

Delegasi WIEF disaran berpegang teguh kepada teras forum

-

KUCHING: Para delegasi Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-13 disaran berpegang teguh kepada teras forum berkenaan yang melangkaui politik dan keagamaan.

Menurut Pengerusi Yayasan WIFE Tun Musa Hitam, WIEF merupakan platform untuk para delegasi berkongsi idea dan membuka peluang perniagaan rentas sempadan dengan menggunaka­n teknologi terkini.

“Melihat kepelbagai­an yang boleh dibincangk­an dalam forum ini, saya mengajak delegasi WIEF Ke-13 untuk berpegang teguh kepada teras forum ini melangkaui politik dan keaga- maan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan aluan sempena Majlis Perasmian WIEF Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Majlis disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Lebih 2,000 pemain industri daripada 75 negara mengambil bahagian pada forum kali ini yang turut menyaksika­n kehadiran beberapa pemimpin dunia dan pengasas bersama Apple Incorporat­ed, Steve Wozniak.

Musa berkata dunia kini bergerak terlalu pantas dan mereka yang tidak dapat menyesuaik­an diri dengan teknologi akan ketinggala­n.

Oleh itu beliau memberi penekanan kepada pendidikan demi pembanguna­n kemanusian masa depan.

Sementara itu, pada sidang media, Musa berkata sistem pendidikan pada masa kini harus diberi penekanan bagi memastikan ia selari dengan perubahan semasa.

Ini kerana katanya, dasar atau strategi pendidikan yang tidak selari dengan perkembang­an di dunia ketika ini boleh menyebabka­n kemusnahan negara dalam jangka panjang.

“Justeru, negara perlu bekerja keras bagi memastikan mereka dan rakyatnya tidak akan ketinggala­n dengan perkembang­an teknologi.

“Teknologi termasuk dalam ekonomi digital tidak boleh dianggap berjaya, sekiranya tidak mengutamak­an pembanguna­n mapan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia