Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak berkomprom­i isu ini, terutama berkaitan kebajikan pegawai, anggota, keluarga, veteran tentera

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Syarikat dan kontraktor yang didapati bersikap sambil lewa dalam melaksanak­an projek kemudahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal berdepan tindakan disenarai hitam.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein menegaskan bahawa beliau tidak akan berkomprom­i dalam isu berkenaan, lebih-lebih lagi berhubung kait dengan kebajikan pegawai dan anggota tentera, termasuk keluarga mereka serta veteran ATM.

Selagi saya Menteri Pertahanan, saya serius dalam melaksanak­an segala perancanga­n, hala tuju dan agenda kita.

“Selagi saya Menteri Pertahanan, saya serius dalam melaksanak­an segala perancanga­n, hala tuju dan agenda kita.

“Jadi sekiranya atas kertas nampak baik tapi bila kita turun ke bawah, ia nampak tidak seperti apa yang kita harapkan, maka kita kena betulkan.

“Saya tidak berkomprom­i dalam hal ini dan mana-mana syarikat yang tidak memenuhi janji mereka akan saya arahkan supaya semuanya disenaraih­itamkan, jangan harap mereka dapat projek lain daripada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas mengadakan lawatan mengejut ke tapak pembinaan Poliklinik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Program Jelajah Perkasa Perwira di Kem Penrissen di sini, semalam.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar dan Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil.

Terdahulu, Hishammudd­in kecewa melihat pelaksanaa­n pembinaan Poliklinik ATM di Kem Penrissen yang mengalami kelewatan disebabkan sikap sambil lewa kontraktor.

Katanya projek tersebut sepatutnya mula dilaksanak­an pada tiga atau empat bulan lalu tetapi sehingga hari ini, langsung belum kelihatan kerjakerja pembinaan dijalankan.

Projek pembinaan Poliklinik ATM di Kem Penrissen menelan kos sebanyak kirakira RM31 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada 2019.

Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein Menteri Pertahanan

 ??  ?? PRIHATIN: Hishammudd­in melawat salah seorang pesara ATM yang menjalani rawatan dialisis di Kem Penrissen.
PRIHATIN: Hishammudd­in melawat salah seorang pesara ATM yang menjalani rawatan dialisis di Kem Penrissen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia